"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 2 September 2011

I LUV ALLAH


Pada suatu tengah hari yang terik tapi indah, cik wawa sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya sambil memandang ke langit . Entah apa yang dilihat . Matahari barangkali . Tiba-tiba, ada seekor burung merpati yang cek mek molek, terbang ke arahnya dengan bersopan-santun dan mendarat di sebelah cik wawa . Cik wawa berasa agak pelik . Dia ternampak di kaki burung merpati itu terikat sepucuk surat yang agak besar sampulnya . Dalam hati dia berkata " Oh, patutlah merpati ni tiba-tiba mendarat kat sini, rupanya surat ni besar sangat untuk dibawa ". Cik wawa pun dengan beraninya meneliti surat itu . Dia terkesima, namanya yang tertulis di atas sampul surat itu . Ada sehelai bulu biribiri yang terlekat di belakang sampul surat itu . Lalu, dengan perasaan yang ingin tahu yang sangat kuat, dia membuka sampul surat itu dengan perasaan yang berdebar-debar . Burung merpati itu hanya mampu melihat tingkah laku cik wawa kerana dia sudah kepenatan .

Dengan lafaz Bismillah, cik wawa membaca surat itu .

wawa...
Bukan haz tidak mahu memandang wajah wawa,
tapi haz berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti .
hari-hari yang pasti .

bukan haz tidak mahu melirik senyuman pada wawa,
tapi haz selalu tersenyum dalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari .

bukan haz tidak mahu bertanyakan khabar pada wawa,
tetapi haz sering berdoa agar suatu hari nanti,
haz tidak perlu bertanyakan dan haz sentiasa merasai .
di hari-hari yang pasti .

bukan haz tidak mahu bercakap dengan wawa,
tapi haz ingin habiskan bicara-bicara haz,
tika mana haz dan wawa bukan lagi 'ana' dan 'enti' .
di hari-hari yang pasti .

bukan haz tidak mahu berchatting dengan wawa,
tapi haz takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut wawa,
di hari-hari yang pasti .

bukan haz tidak mahu mesej dengan wawa,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini,
di hari-hari yang pasti .
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini .

bukan haz tidak ingin memandang wajah wawa,
tetapi haz bimbang wajah ini tidak akan memberi senyuman di setiap pagi,
di hari-hari yang pasti .

bukan haz tidak mahu memandang senyuman wawa,
tetapi haz bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari-hari yang pasti .

wawa yakinlah ! percayalah ~

bukan haz tidak ingin mengatakan rindu pada wawa,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa haz pada rindu Ilahi,
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti .

haz tidak mahu hati haz dan wawa,
lalu mematikan mematikan hubungan haz dan wawa dengan Ilahi...

wawa...
Intailah sebentar hari-hari yang pasti,
tika itu, andai haz jatuh,
wawa menghulurkan tangan untuk memberikan haz harapan .

tika wawa kesedihan,
wawa bersedia untuk tersenyum di sisi dan menggembirakan.

tika haz keseorangan,
wawa lah teman.

tika haz kelalaian,
wawa lah yang mengingatkan.

tika itu... hazriel dan najwa bukanlah 'ana' dan 'enti' lagi...
kerana...
ia adalah hari-hari yang pasti .
berdoalah untuk hari-hari yang pasti .
hari-hari yang pasti bagi menyandarkan harapan pada jalan kebenaran .
dan jalan itulah yang telah Islam berikan .

moga kita dipertemukan nanti,
di hari-hari yang pasti,
seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
sekian,
Haz yang cumel~

bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang tidak pasti,
pasti..! yakinlah, Allah sangat-sangat penyayang !!
moga kita semua dibukakan pintu hati...untuk enta-enta dan enti-enti sekalian..
barakallah ^^

"ukhti, jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah, biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah."

Dalam esakan tangis cik wawa, dia tersenyum . Kini dia mengerti mengapa Haz menjauhkan diri darinya buat sekian lama . :')

Baiklah, sbg manusia yg normal,kita x terlepas dripada perasaan syg dan disyangi..
Islam sendiri mengajak kita saling mengasihi.Namun,ia perlulah di bawah jejak kasih syg yg halal..bukan berlandaskan nafsu semata2..

sy nk b'kongsi sdkit ilmu yg sy bru bca ari ni.. hrp kta sma2 dpt b'kongsi ilmu..
Larangan dalam berpacaran..
SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.
Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh.
Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang 'kuat' jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya dari 'mukadimah' cinta iaitu mengurat.

Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?
Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.

Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.

Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.

Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)

Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada zina.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan.

Islam tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang.

Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas.

Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan.

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan 'lesen' melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

Jika masih 'berat' bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah.

Barangkali Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita.
Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu'bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua".

Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada seseorang yang akan menikahi seorang wanita: "Apakah engkau telah melihatnya?" Ia menjawab: "Belum:. Baginda bersabda: "Pergi dan lihatlah dia".

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan.

Berpacaran bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh mendapat maklumat daripada orang hampir dengannya seperti sahabat baiknya.

Minta penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang 'jatuh cinta' tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan wangi.

Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita.

Berikan pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka atau luahan emosi.

Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.

Dilahirkan sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.

Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan bakal mereka.

Pasangan pastinya akan tertarik kepada jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya.

Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.Dalam pada masa yang sama, ramai yang mempertikaikan kenapa ber'couple' itu haram.Sedangkan mereka sudah mengetahui sebagaimana dalam
Firman Allah S.W.T:"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Couple adalah salah satu jalan mendekatkan diri kita ke arah penzinaan.Memang ramai daripada mereka mengatakan bahawa
"kami tak berzina pun"
"Kami selalu nasihat-menasihati tentang agama"
"Kami tak berpegangan tangan n tak 'date'pun"
"Kami mesej pun jarang.Klau mesej pun jika nak ingatkan dia solat"
Persoalannya disini
Adakah kata-kata mereka mampu menghindarkan diri mereka daripada melakukan zina???
Allah menurunkan ayat diatas kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Memang ada segelintir mengatakan bahawa mereka menjaga pergaulan,tidak selalu berjumpa,saling menasihati dan lain-lain lagi tetapi mereka lupa bahawa ada satu zina yang mereka lakukan tanpa disedari iaitu 'zina hati'.Hal ini bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..
"Rindunya dekat SI DIA"
Perkara-perkara inilah yang mendekatkan diri kita dengan zina.
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Ada pula segelintir yang mengatakan
' kalau tak couple bolehkah jumpa jodoh?'
'Kalau tak couple bolehkah kahwin? '
'Kalau tak couple bolehkah jumpa pasangan yang sesuai untuk kita?'
Pelbagai persoalan yang diutarakan.
Ana ingin mengajak kepda para pembaca untuk merenung kembali kisah pencintaan
" nabi Adam a.s dan isterinya Hawa'
Adakah Nabi adam a.s mencari n ber'couple' dengan Hawa ????
Jawapannya sudah tentu tidak.
Hal ini kerana Allah s.w.t yang menciptakan Hawa daripada tulang rusuk nabi aDAM A.S.
Setelah diciptakan Hawa untuk Adam, a.s maka jadilah mereka sebagai satu pasangan yang halal dan hubungan mereka diredhai Allah.Oleh itu,yakinlah bahawa setiap diri kita ini telah diciptakan pasangan masing-masing oleh Allah s.w.t.Kita akan bertemu dengan pasangan kita pabila tiba masanya.Ingatlah,janji Allah sentiasa benar.Allah tidak sesekali memungkiri janjinya tetapi kita seharusnya sabar menanti pertemuan dengan jodoh kita.Cepat atau lambat semuanya terletak dalam tangan Allah s.w.t.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Memang dalam realiti sebuah kehidupan
"Penantian itu satu penyeksaan, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. '
Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.Ingatlah!Kita tidak akan keseorangan Allah sentiasa bersama kita. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.Sentiasalah mencari keredhaan Allah.s.w.t.
Always remember u are not alone
Allah alwayz be with u..

No comments:

Post a Comment