"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 November 2011

=)

1)Dakwah itu sebenarnya memperbaiki diri kerana telinga insan yang berkata itu lebih hampir dari yang dijumpanya :)
2)“Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah as-Saff: Ayat 2-3)


3)bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. 


4)Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?” Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: “Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat”

siapala si tudung labuh dan siapala si perempuan pendedah aurat

siapala si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.
 
 siapapun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati. Berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu. Tinggalkan masa lalu yang perit itu. Jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment