"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 November 2011


hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.

Luqman al-Hakim

Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari. (Riwayat Ibnu Asakir)

“Hidup ini merupakan satu peperangan. Peperangan menentang nafsu sendiri. Peperangan menentang tentera tanpa tujuan yang dikepalai syaitan. Peperangan mempertahankan iman. Peperangan menentang dakyah songsang. Semestinya dalam peperangan akan ada kesakitan, kelukaan, kesedihan, kepayahan, pengorbanan, ketidaksempurnaan, kepenatan dan kekecewaan. Dan kerana itu jugalah peperangan itu sangat berharga yang adakalanya dibayar dengan darah dan pedang jika meja rundingan dinafikan. Moga kitalah mujahid dan mujahidah yang berani itu, insyaAllah.”

No comments:

Post a Comment