"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 November 2011

hati2la dgn api neraka,wahai kaum perempuan,abgku,adikku dan ayahku

Seseorang wanita itu apabila di akhirat, dia akan menarik empat golongan lelakibersamanya ke dalam neraka iaitu :


1. Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk si suami tapi untuk pandangan kaum lelakiyang bukan mahram apabila si suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim. Maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, maka dia juga akan ditarik ke dalam neraka oleh adik perempuannya.

4. Anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Maka tunggulah tarikan si ibu di akhirat kelak.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah At-Tahrim,surah ke 66: ayat 6)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat tarikannya juga hebat, maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang atau Anak harus memainkan peranan mereka.

taken from facebook


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “wahai anakku Fatimah, adapun perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka: “adalah mereka itu di dunia tidak mau menutupi rambutnya daripada dilihat oleh laki2 yg bukan mahramnya.” (HR.Bukhari. Muslim) *Yang dimaksud di hadits ini adalah wanita yang tidak mau menutup auratnya dengan baik

2 comments: