"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 November 2011

fikir-fikirkanlah


KISAH LUCU MANUSIA SEKARANG :)

Lawak jenaka sememangnya menjadi pengubat duka ketika kita sedang bersedih hati. Kisah-kisah lucu mampu untuk membuat kita bergelak ketawa melupakan sebentar kesedihan yang melanda diri kita. Saya ingin berkongsi kisah-kisah lucu yang mungkin agak berlainan dari yang biasa kita dengar atau baca


Ambillah sebagai pengajaran.. …….terkadang kita lupa diri kita sebenarnya… apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke Mid Valley.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?


Azab bagi oarng yang melengah-lengahkan solat


 Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :
Tidak dirahmati dalam kehidupan. Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur). Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik. Doa-doa tidak di makbulkan. Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.
Azab semasa dia hendak mati pula adalah :
Mati dalam keadaan aib. Mati kelaparan. Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat menghilangkan hausnya.
Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :
Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi.
Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :
Hisabnya keras sekali (disulitkan). Allah s.w.t. murka padanya. Dicampakkan ke dalam api neraka.
Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :
Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah. Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah. Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah.



taken from group facebook : AKU BENCI DEDAH AURAT DI FACEBOOK

No comments:

Post a Comment