"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 November 2011

tintaku


yaAllah. permudahkan segalanya ~
Kuatkan aku Ya Allah utk tempuhi segalanya..
Kau permudahkan segala urusan ku ..Ameen

YaAllah..
Terkenang aku pada kenangan semalam
Kejahilan lalu menyapa minda
Membuatkan hati kembali gelisah
Jiwa kembali gundah
Sukmaku kembali rawan

Ya Ghaffar..
Masih adakah ampunan buat diriku
Suatu masa dulu aku pernah bergelumang dengan dosa
Hatiku dipalit noda
Kekhilafan lalu kembali menghantui


Ya Rabb..
Telah ku ingkari arahanMu
Aku bukan hamba yang sebenar-benar hamba
Islamku cuma pada nama
Peribadiku jauh benar dengan peribadi Rasulullah
Tingkah lakuku jauh benar jurangnya dengan tingkah laku para sahabat
Amalku tak sehebat amal yang dilakukan oleh para tabi’in
Ujian yang Kau kirimkan bukanlah segetir ujian yang Kau beri kepada para rasul Ulul Azmi
Ya Malikul Mulk..
Suatu masa dulu aku pernah berjalan dengan megahnya di atas muka bumiMu
Seakan-akan tanah yang aku pijak tiada pemilik
Langit yang ku junjung seakan-akan tercipta sendiri
Oksigen yang ku sedut setiap detik bagaikan cumalah satu proses sains
Titisan hujan bagai tidak memberi erti kepadaku
Sinaran mentari juga tidak kusyukuri
Banyak benar nikmatMu yang aku dustakan


Ya Tawwab..
Kini aku kembali
Mengharap maghfirah dan rahmat daripadaMu
Terimalah taubatku yang tak seberapa ini
Jangan biarkan aku futur dari jalan mujahadah ini
Jangan Kau tarik hidayah yang telah Engkau tiupkan ke dalam qalbuku
Tetapkanlah hatiku,
Biarlah hati ini terus thabat atas agamamu


Ya Allah..
Biarlah airmata ini menjadi saksi penyesalanku
Kiniku tunduk kepadaMu
Meninggalkan memori keangkuhanku sebagai abid


Ya Allah,
Ampuni dosaku,
Sayangilah diriku,
Leburkanlah dosa-dosaku,
Maafkanlah kesalahanku,
Tutuplah aibku yang lalu,
Kerana aku cuma seorang pendosa.

No comments:

Post a Comment