"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 15 December 2011

kepentingan sikap bantu mmbantu sesame muslim





Agama Islam memang mementingkan sikap bantu-membantu sesama Muslim. 
Sikap bantu membantu ini adalah antara sikap terpuji yang sering di lakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat. malahan, 
jika kita membaca kisah-kisah para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W, mereka sanggup bersusah asalkan dapat meringankan beban saudara-saudara yang lain.
Oleh kerana sikap ini adalah salah satu sikap yang amat dipuji oleh ALLAH dan Rasulullah S.A.W, 
maka Rasulullah S.A.W telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang membantu dan meringankan beban saudara-saudara nya tidak kira beban yang besar ataupun kecil, ALLAH akan memberikan ganjaran yang sangat besar nilainya kepada mereka.
Inilah rahmat dan tanda kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambanya. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan tidak kira sebesar gunung ataupun sekecil zarah, ALLAH pasti akan memberi ganjaran yang tidak terhingga nilainya dan hanya ALLAH sahaja yang mampu dan layak memberi ganjaran yang sebegini rupa dan tiada lain yang lebih mampu dan layak selain ALLAH.
Semoga hadis ini dapat membuka kesedaran dalam hati kita agar sering mencari peluang untuk membantu saudara-saudara kita yang di dalam kesulitan semampu yang boleh.
Kisah Sahabat
Di zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang sahabat yang bernama Abdul Rahman bin Auf r.a. Beliau adalah seorang yang kaya di zaman itu. Setiap malam, beliau akan membawa seguni wang dan mengetuk pintu-pintu kedai di pasar Madinah ketika kedai-kedai ini telah tutup. Beliau berjumpa dengan pemilik-pemilik kedai dengan alasan untuk membayar hutang. Pemilik-pemilik kedai terkejut kerana mereka tahu bahawa beliau seorang yang kaya dan memang tidak mempunyai hutang apa-apa pun. rupa-rupanya, Abdul Rahman Bin Auf r.a ingin membayarkan hutang sesiapa sahaja yang berhutang kepada pemilik kedai itu dan menyuruh pemilik kedai itu merahsiakan perkara itu.
Begitulah sikap sahabat yang mendapat didikan dan tarbiah dari Rasulullah S.A.W, Moga-moga, kita juga mampu untuk membuat seperti apa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W walaupun sedikit sahaja. InsyaALLAH.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menempati Kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) ; dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara kekikiran dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr : ayat 9). 
Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: "Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah." 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Firman Allah: “Bertolong menolonglah kamu di dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah, ayat 2)
 
baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment