"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 20 July 2012

ya Allah. ramadhan tiba :) Titik trbaik utk hdupkan kmbali rndu dn cinta pd Rasulullah...

Walaupun syaitan-syaitan dibelengu,
Namun masih ada lagi yg digelar nafsu.

Berusahalah yang terbaik untuk Ramadhan tahun ini.
Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.


ஜ♥(¯`•.¸ღ.:Secangkir... Rindu Ramadhan:. ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

Ramadhan datang lagi.
Rindu langsung terubat.
Entah kenapa hati ini
dihambat rindu kepada Ramadhan.
Setiap hari, status di fb akan bertukar
cerita mengenai Ramadhan.
Sepanjang hidup bernafas di bumi Allah ini,
sampai saat ini barulah jiwa terasa kerdil,
andai kata diri ini tidak sempat bertemu
Ramadhan untuk kali keseterus NYA - ..
seiring usia yang semakin meningkat.
Terus hati dicuit kebimbangan,
kerana amal entah menyamai
atau tidak titisan air di hujung jari.

Maafkan jika kita tidak bersua lagi diRamadhan yang mendatang..¯)♥ஜ♥
 

Diharapkan ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Allah berikan kesempatan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengisi peluang sebaik yang mungkin. Sebenarnya, rahmat ramadhan ini Allah kurniakan kepada umat Muhammad sebagai syafaat untuk mengandakan amalan soleh. Dalam bulan ramadhan ini Allah berikan banyak kelebihan terutamanya doa yang mustajab, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta iblis dan syaitan dirantai. Dengan kelebihan yang ada marilah kita sama-sama manfaat bulan ramadhan yang akan datang nanti. Berazam dan istiqamah betul-betul di dalam melaksanakan ibadah ikhlas kerana Allah..
Sabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke ats kamu berpuasa padanya. sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala Syaitan. "
-Selamat berpuasa sahabat- ♥

Mari kita memasuki Ramadhan dengan saling memohon maaf antara satu sama lain, moga urusan manusiawi selesai agar Allah permudahkan kita mendapat pahala berganda2.
Aduh! Ruginya amal ibadah banyak tapi jadi SIA-SIA hanya kerana masih ada dengki dan dendam sesama manusia.

dengan ini, saya yang bernama : sitti maryam As-siddeeqah binti Azman.

memohon maaf pada teman-teman, jika saya ada buat kesilapan pada teman-teman... moga ramadhan kali ini meriah dengan amal yang meningkatkan iman... 

No comments:

Post a Comment