"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 29 August 2012

Alhamdulilah, Allah pertemukan dengan sahabat ukhti adlin =)

sahabat ukhti adlin =)

kali pertama berjumpa sahabat ukhti adlin di bulan ramadhan yang diberkati..

di akademi sinergi bandar baru bangi, program uncang ramadhan, teknik penulisan secara persuasif... 

dan kali pertama juga bersua 

sahabat akhi anas , sahabat perjuangan ketika spm.. 

◆orangnya sangat-sangat petah bercakap.. =)



◆dan kali kedua berjumpa di bulan syawal di lrt setiawangsa terserempak di luar kedai lrt , dia tegur..=) dia ingat muka saya. mungkin sebab hari pertama berjumpa tu banyak berbual di dalam ktm, =) mungkin sebab masing-masing lahir bulan august..
dia nak pergi ke IIS setiawangsa.. rupa2nya, ramai yang join program akademi sinergi hari tu , ahli IIS..

◆Subahanallah.. =)
-------------------------------------------
✐►Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


★“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.

★Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

★Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)

( Hadith Riwayat Ahmed)




-------------------------------------------

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafie)

<3Semoga ukhuwah yang dibina kerana-Nya sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah. Amin ya Rabb…”


(= Ukhuwwah Fillah Hingga Ke Syurga =)


★Subahanallah… Akhir kata, jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya di atas cahaya.!
-------------------------------------------

*sitti maryam as-siddeeqah*^^

No comments:

Post a Comment