"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 20 August 2012

puasa 6 syawal

Terlebih dahulu, saya mengucapkan eid mubarak buat seluruh umat islam di muka bumi Allah..

Saya dengan rendah hati memohon kemaafan daripada semua sahabat yang dihormati atas

segala kesilapan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. 


Salam Aidilfitri 1433H

Maaf Zahir Batin

من العائدين والفائزين


تقبل الله منا ومنكم

كل عام وأنتم طيبون

* Berwaspadalah kerana syaitan² telah dibebaskan. Jaga hati & peribadimu ketika beraya.


Senyum sunnah ツ".


سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم






Sahabat, saya mahu berkongsi 5 perkara penting. Kalau tak suka baca semua, bacalah 1, 2, 3, 4 atau 5 ツ.

✉ 1. Jika ditanya bagaimana puasa 6 Syawal?


✔ a: Dilakukan secara berturut² selepas Hari Raya pertama. Ini cara yang lebih afdhal.


✔ b: Namun dibolehkan juga dengan berpuasa secara berselang-seli atau lain² cara dalam tempoh 1 bulan Syawal.
--------------------------
--------------------------
---

✉ 2. Berdasarkan hadis di dalam foto ini, ia memberi faham bahawa •••► "puasa Ramadhan + 6 Syawal = puasa sepanjang tahun".


Tapi bagaimana? Jawapannya;


✐► Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa & berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua²nya itu (jika dicampurkan) genap setahun."

(Hadis riwayat Al-Darimi).

✔ Ini adalah kerana setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali gandaan.


1 bulan = 10 bulan

6 hari = 60 hari

»» 10 bulan + 60 hari (2bulan) = 12 bulan.

--------------------------
-----------------------------

✉ 3. Puasa Qadha' & sunat 6 Syawal, mana yang perlu didahulukan?


◆ 2 kesimpulan;


✔ 1. DAHULUKAN QADHA'.

>> Kerana ia merupakan 'hutang' ibadah dengan Allah, manakala puasa 6 Syawal hanya tambahan pahala. Ini jawapan yang tepat bagi yang tiada kesukaran melakukannya.

✔ 2. DAHULUKAN SUNAT 6 SYAWAL.

>> Bagi yang puasa qadha'nya banyak; puluh²/belas² hari kerana keuzuran yang dibenarkan syara' seperti haid, nifas dll. Ini kerana 6 Syawal hanya dalam bulan Syawal. Mankala tempoh qadha' terbuka sepanjang tahun.
--------------------------
-----------------------------

✉ 4. Gabung puasa Qadha' & puasa 6 Syawal?


✔ 1. DIBOLEHKAN niat qadha' & sunat sekaligus.

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari qadha' Ramadhan serta 6 Syawal kerana Allah Ta'ala.

✔ 2. AFDHAL tidak digabungkan.

Puasa qadha dahulu, baru disusuli 6 Syawal. Kecuali bagi mereka yang keuzuran seperti tinggal puasa banyak sebab haid 15/puluh² hari & tidak mampu mengasingkannya maka dibolehkannya menggabungkan 2 niat (qadha' & sunat Syawal) dalam 1 niat.
--------------------------
-----------------------------

✉ 5. Kesimpulannya;


~ AFDHAL.

Dahulukan puasa qadha kemudian puasa sunat Syawal.

~ DIBOLEHKAN.

Dahulukan puasa sunat Syawal kemudian baru puasa qadha. Ini bagi mereka yang punya keuzuran tertentu.

~ DIBOLEHKAN.

Gabungkan 2 niat puasa (qadha & sunat) menjadi 1 niat. 2 dalam 1.






•••► Semua ini masih di atas pola kekhilafan. 











سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment