"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 14 September 2012

Video Filem Menghina Nabi Muhammad SAW-Innocence of Muslims Arahan Sam Bacile


Pembaca blog yang dikasihi Allah.. mesti sahabat-sahabat telah tahu kan..
perkara ni gempar diperkatakan  Film Innocence of Muslims  berisi penghinaan terhadap Nabi Muhammad shallalaahu 'alaihi wasallam memicu kerusuhan di sejumlah negara.
saya kupas sedikit dari akhbar sinar. ni link dia.. http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pengarah-filem-anti-islam-hilangkan-diri-1.84484..


Film karya Sam Bacile, PENGARAH filem berketurunan Israel Amerika yang tinggal di California, itu dikecam hebat oleh tokoh dan organisasi Islam se-dunia
menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta  (RM15.3 juta) dibiayai oleh 100 bangsa Yahudi.Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya..


Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan 

menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Berikutan penerbitan filem itu, Duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara itu, semalam.

“Filem ini ialah sebuah filem politik,” kata Bacile.

“Amerika mempunyai banyak duit dan banyak orang berperang di Iraq dan Afghanistan tetapi saya berperang dengan idea,” tambah Bacile.

Bacile yang merupakan seorang ejen hartanah percaya filemnya itu akan dapat menerangkan kepada rakan-rakan seagamanya tentang kekurangan agama Islam kepada mereka.

Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam.

Walaupun Bacile berasa kesal dengan insiden pembunuhan itu, dia menyalahkan pihak kedutaan di Libya yang tidak mengetatkan kawalan keselamatan sehingga perkara seperti itu boleh berlaku.

“Saya merasakan sistem keselamatan di sana tidak cukup ketat dan kita patut berbuat sesuatu untuk mengubahnya,” kata Bacile.

Menurut konsultan kepada filem itu, Steve Klein, Bacile berasa risau dengan keselamatan ahli keluarganya yang menetap di Mesir walaupun Bacile enggan mengakuinya.

Menurutnya lagi, Klein berjanji untuk membantu Bacile menerbitkan filem itu tetapi sudah memberi amaran kepadanya dengan berkata, “awak bakal menjadi Theo van Gogh yang seterusnya.”

Van Gogh merupakan seorang pengarah Belanda yang dibunuh ekstremis Islam pada 2004 selepas menerbitkan sebuah filem yang mencemarkan kesucian agama Islam.
“Saya memang sudah jangkakan perkara seperti ini akan berlaku,” kata Klein.

Filem itu dihasilkan dalam tiga bulan pada musim panas tahun lepas, melibatkan seramai 59 pelakon dan 45 krew produksi.

###########################

mesti korang geram sangat kan?

”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Antara komen-komen sahabat-sahabat mengenai Film ini :

komen dari sahabat pertama :
 benda ni tak boleh buat apa jugak...Google pun bukan orang Islam punya.

komen dari sahabat kedua :
Orang boleh letak video macam2 pasal Islam, kita pun boleh marah bila orang buat macam tu.
tapi lebih baik kita tunjukkan yang Islam bukan macam tu.

komen dari hilal asyraf :
Kita marah orang buat filem hina Nabi.
Jadi kita ada sungguh-sungguh tak masyhurkan Filem cinta Nabi, filem persembahkan keindahan Islam, filem yang menunjukkan kecantikan pempraktisan Islam di dalam kehidupan?

Sebab saya rasa,
bila kita asyik marah, dan tidak dapat kawal kemarahan kita,
musuh-musuh Islam akan sekadar mempergunakan kemarahan kita tadi, bagi menunjukkan betapa buruknya kita di mata dunia

dan kita dapat lihat salah satu contoh yang patot kita contohi:

cara pertama :





Ribuan buku tentang Rasulullah sallallah alaihi wa alihi wa sallam diberikan secara percuma di kota London, United Kingdom sempena filem yang memburukkan Rasulullah sallallah alaihi wa alihi wa sallam. الله أكبر !

In response to the abusive film about the Holy Prophet Muhammad upon him blessings and peace,
“Discover Islam UK” in London
distributed more than 110,000 copies of a translation of the Qur’an
And the life of the Prophet Mohammed for the citizens of London.
Very smart response. 



salah satu cara yg sgt baik, dengan cara ini dapat memperbetul dan memperkenalkan kembali kepada umum siapa sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W yang teramat kita sayangi itu di samping memperluaskan dakwah Islam itu sendiri... اللهم صل على محمد و على ال محمد


cara yang kedua :
yang kita dapat lihat dinegara mesir,afghanistan dan malaysia

DI KABUL, kerajaan Afghanistan turut mengutuk keras filem itu. 

Republik Islam Afghanistan mengutuk keras tindakan menghina dan tidak berperikemanusiaan dan meluahkan rasa jijik dengan penghasilannya, kata kenyataan pejabat presiden Afghanistan. 


Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah


DI MESIR, penunjuk perasaan memanjat tembok Kedutaan Amerika di Kaherah, dan mengoyak serta menggantikan bendera Amerika dengan sepanduk Islam. 

Di Malaysia  Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara pada 14 september 2012 berhubung penerbitan filem 

"Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.a]..Himpunan tersebut akan 

diadakan sejurus solat 

Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.


Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] PAHANG - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] SELANGOR & WILAYAH - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] PERAK - Masjid Negeri Ipoh

d] SABAH- Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] PULAU PINANG - Masjid Permatang Janggus

f] SARAWAK - Masjid Bintulu

g] TERENGGANU - Masjid Rusila

h] MELAKA, KEDAH, JOHOR, N9 sedang ditentukan lokasinya.

cara ketiga :
mempertahankan serta memuji dan menceritakan perihal baginda Rasulullah sallallah alaih wa sallam.. 
Know him first then decide.

'' Sesungguhnya kami menghantar engkau (wahai Muhammad) sebagai rahmat di sekelian alam ''





Walau ditawar pelbagai kemewahan dan kesenangan, tetapi baginda sallallah alaih wa sallam tetap tolak kerana mempertahankan agama.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
May God bless them with the support of His beloved and religion.
ameen

ingatla bahawa Allah berfirman :

Allah Ta’ala telah berfirman, “…Dan orang-orang yang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali.” (QS. Asy-Syu’araa: 227)

No comments:

Post a Comment