"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 18 October 2012

bismillah..perkongsian lepas pergi kursus kahwin



*********



Assalammualaikum bloggerz yang dirahmati  Allah, apa khabar ?
sebelum ni x pernah terfikir? ツ. tapi lepas pergi kursus kahwin yang dianjurkn kolej hari tu,, jadikan fikiran ku terbuka, xmudah untuk kahwin ni... mendidik kita agar x gatal2 before kahwin.. hal kecil pun boleh bercerai jika perkhawinan tu x berlandaskan ketaqwaan..

dan after baca buku ni-buku jadikan fikiran ku matang. Alhamdulilah  ツ. 

1)sebelum aku bernikah by hilal asyraf  ツ.

2) cinta high class by fatimah syarha  ツ.

3)pemilik cintaku selepas Allah dan rasul -fatimah syarha  ツ.

4)cinta di rumah hasan al-banna - cara didikan hasan al-banna pada anak-anaknya.  ツ.

5)pikat remaja dengan kata-kata-dr.asmadi.. mematangkan diri sendiri, bila ada berlaku sesuatu pada keluarga sendiri,, cara nak pikat anak bila anak hampir nak remaja, yang mahu mencari identiti masing2.  ツ. kita kena dekat dengan dia, bukan dengan cara kasar..

6)syabab musafir kasih-fatimah syarha


********************


-siapakah suamiku..??  (-‿-)ง

 adakah dia bole terima kekurangan diriku...??

malunya..segannya..  =(  kekok rasa...  malu3   >.<"



orang luar yang kita x kenal, yang berlainan cara hidupnya.. kena 
periksa latar belakang serta tanya akhlaknya dari orang sekeliling yang lama mengenali si dia yang bakal dikahwini itu. Selidik cukup-cukup dulu. Kahwin bukan sehari. Bukannya kenal 2-3 hari terus nak kahwin.

-Syabab Musafir Kasih

Allah dekat dengan kita, Allah akan jauhkan kita dengan maksiat.,percayalah kata saya.. 


Perkahwinan yang bahagia kerana direstui Allah... Perkahwinan yang direstui Allah bermula daripada pasangan yang sibuk mencari cinta Allah..



saya nak konsgikan satu dari tweet  ustaz hasrizal jamil ' : Satu-satunya cinta yang tiada risiko syok sendiri ialah, 'menyimpan perasaan' terhadap Muhammad b Abdullah (sallallaahu alayhi wa sallam)..he



tapi ini antara ciri-ciri suami pilihan.. ツ.

1) aktive usrah dan dakwah.. ada tarbiyyah, dan fikrah yang sama , lebih tinggi ilmu agama supaya dapat didik saya dan anak-anak nanti.. ツ.

2)ada kenderaan ツ.

3)xpanas baran tapi tegas dalam mendidik ツ.

4)berdikari orangnya , tidak bergantung sangat pada parents... ツ.

5)bijak merancang kewanganツ.

6) pandai menjaga perasaan hati seorang wanita..ツ.

7)pandai memasak sikit-sikit..ツ.

8)pakar hameopaty, ubat-ubatan.. macam abah.... jaga kesihatan.
sebab saya kuathir, saya kena makan panadol.. tidak pernah dididik makan panadol, kena telan pulak.. ==" ツ.

9) peramah , sopan santun dan beradab orangnya.. ツ.

10) pandai jaga hati sekeliling.. ツ.

11) aktive pergi majlis ilmu , ツ.

12) pandai menjaga perasaan umi abah.. ツ.

13)abah analysis dan bila dia tahu latar belakang dia. abah kata ya., baru saya akan kata ya. ツ.
*****
blacklist

1)askar dan polis 

2)penunggang motosikal.. bahaya

3)x smoke




Bismillahhirrahmannirrahim.. 

Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…


Calon zaujku,


“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)


Calon Suamiku yang dirahmati Allah,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)



Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…



Calon zaujku Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Calon zaujku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..




Calon zaujku Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..


Calon zaujku indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Calon zaujku. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..



“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.



Calon zaujku yang dirahmati Allah
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. 

wahai Calon zaujku yang aku tidak ku ketahui siapakah kamu?

************************************************************


Sahabat blogger, jika kamu merasakan seolah² tiada satu pun yang menyeronokkan di dalam hidupmu maka CUKUPLAH untuk kamu berasa seronok menjadi HAMBA ALLAH.

Katakanlah "Alhamdulillah".

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment