"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 14 October 2012

Perkongsian Berkenaan Huruf Alif dan Hamzah



Assalammualaikum bloggerz yang dirahmati Allah, apa khabar hari ini? 

hari ni saya kongsikan Berkenaan Huruf Alif dan Hamzah 



Dalam mu'jam (kamus) arab, huruf pertama mereka tak sebut huruf alif. Buktinya kalau kita perhatikan, dalam mu'jam mereka tak sebut bab pertama '' Babul Alif '' tetapi mereka mula dengan '' Babul Hamzah'' jadi huruf pertama yang bermula dengan alif dinamakan hamzah, alif hanya terletak di pertengahan atau akhir kalimah dan yang di permulaan huruf ialah hamza
h dan diletakkan di atas alif.

Semua kalimah (perkataan) yang dimulakan dengan alif dinamakan hamzah dan hamzah itu boleh dibunyikan samada 'a' atau 'ie' atau 'u' (bergantung kepada baris) kalau alif hanya berlaku di pertengahan kalimah atau akhir dan ianya tak boleh dibunyikan seperti hamzah melainkan dengan huruf yang dimasukkan sebelumnya.

Contoh hamzah di permulaan kalimah:
(( أخ )) - kita sebut 'a'khun, boleh dibunyikan 'a'. (makna kalimah: saudara)

Contoh alif di pertengahan kalimah dan dimasukkan huruf sebelumnya:
(( ٌبَاب )) - kita sebut ' babon ' (bukan babun monyet tu eh) =) (makna: pintu)

Contoh alif di akhir kalimah dan dimasukkan huruf sebelumnya:
(( كَمَا )) - kita sebut ' kama ' (makna kalimah: seperti)

Ulama lughah berbeza pendapat tentang huruf hamzah dan alif. Sebahagian pengkaji menjelaskannya bahawa Sibawaih (rahimahullah) meletakkan bilangan huruf dalam bahasa Arab sebanyak 29 huruf manakala sebahagian ulama lughah lain meletakkan bilangan huruf dalam bahasa Arab sebanyak 28 huruf. Bezanya Sibawaih membezakan alif dan hamzah, manakala sebahagian ulama lughah yang lain mengatakan menyamakan hamzah itu alif.

Sebahagian pengkaji memberitahu lagi bahawa alif itu dipinjamkan kepada hamzah pada permulaan kalimah hanya sebagai lambang kepada hamzah. Mereka membuat kajian bahawa alif ini asalnya dalam bahasa Yahudi Kuno ( Phoenicia ) bermakna lembu. Oleh itu dalam bahasa Hebrew huruf pertama adalah ((alef)) dan ianya tak dibunyikan. Dalam bahasa Hebrew, huruf ini ditulis seperti lambang tanduk lembu, maka datang Arab mengambil huruf ini sebagai lambang kepada hamzah yang berada di permulaan kalimah.

Pengkaji sejarah mengatakan puak Phoenicia ini wujud sejak 1200 tahun sebelum Masihi dan mereka kini berada di selatan Palestin, Lubnan dan Syria tetapi tak ramai.

Wallahu a'lam.


 dipetik dari : http://www.facebook.com/MuhammedHafeez

No comments:

Post a Comment