"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 15 October 2012

perkongsian usrah dengan sahabat saya tahun 2010 di kptm..





Assalammualaikum bloggerz yang dirahmati Allah, apa khabar hari ini? 

hari ni saya hendak kongsikan usrah tahun 2010 di kptm..

------------------------------------------

Allah berfirman

"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (SURAH al-Hajj: 46)
***************************************

surah Al-baqarah ayat 7-8, Allah berfirman :


(7)(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

***********************************

sahabat-sahabat SAYA nak KONGSIKAN
Antara punca manusia buta mata hati adalah :



1.Melihat sesuatu dan tidak pernah memikirkan apa yang dilihat.

2.Membaca Quran namun tidak memahami isi kandungan Quran.

3.Tidak mahu muhasabah diri.

4.Suka mencari kesalahan orang lain.

5.Solat tidak khusyuk.

6.Menggunakan lidah untuk kejahatan dan maksiat.

7.Suka membuang masa.

8.Beribadat tanpa ilmu.

9.Membaca Quran dengan tajwid yang salah.

10.Tidak mengingati mati.

11.Makan sumber haram.

12.Tidak menghadiri majlis ilmu.

13.Suka hiburan yang melalaikan.

14.Kurang berzikir.

15.Tidak bersahabat dengan manusia yang soleh.

16.Mengamalkan sifat mazmumah.

17.Menjauhi sifat Mahmudah.

18.Tidak bersyukur dengan rezeki.

19.Hanya bergaul dengan manusia setaraf.

20.Memandang hina manusia yang mempunyai kekurangan.

************************

surah Al-baqarah ayat 1-5 :
Allah berfirman ..
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

------------------------------------------



✉>moga kita menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah..


Sahabat, jom ♫ salawat ♫ salawat ♫ salawat ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

"Senyum itu Sunnah" <--- ツ


maafkan saya andai ada salah dan silap...
perbaiki la diri saya yang banyak kekurangan nya ini..

terima kasih sahabat..♥

------------------------------------------

1 comment:

  1. subahanallah..
    tiada kata yang dapat mengambarkan..
    terima kasih atas perkongsiannya

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete