"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 14 October 2012

Sahabat, pernah jatuh cinta tak?


Assalammualaikum bloggerz yang dirahmati Allah, apa khabar hari ini?
Sahabat, pernah jatuh cinta tak? Saya? Saya pernah jatuh je, tak pernah jatuh cinta lagi :p Tapi wa Allahu a'lam jika tanpa sedar saya sudah pernah jatuh cinta. Tapi rasa belum coz tak tau siapa orang itu ツ.

Saje tanya soalan di atas hihi. Nak tanya yang ni ---> pernah teringatkan seseorang? Tak suka hal keadaan seperti itu berlaku, tapi tetap teringat juga? Haaa, mesti pernah kan ツ.

Apa yang perlu dilakukan? Saya nak bagi tips mudah ツ.

1. Jangan layan sangat visual yang muncul tu. Anda jelirkan je lidah anda pada visual tersebut :p

2. Masa teringat & terbayang wajah si dia tu, anda bayangkanlah masa tu jugak, time tu jugak, saat tu jugak (haha serius amat menjelaskan ni) wajah itu adalah wajah syaitan yang sedang menyerupainya. So, mana ada syaitan lawa kan ツ.

3. Anda banyakkan baca auzbillahi min zalik & istighfar.

InsyaAllah, bayangan itu akan jadi malu untuk muncul lagi hihi. Sempoi & simple kan ツ" Selamat mencuba.











No comments:

Post a Comment