"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 14 October 2012

Sahabat, pernah tak mendapat bisikan seperti baiknya kamu, cantiknya kamu, bijaknya kamu, "malasnya kamu "<--- (opss, yang ni tidak ya ツ) & lain² bisikan yang bagus² aje tentang diri kamu?







Assalammualaikum bloggerz yang dirahmati Allah
Sahabat, pernah tak mendapat bisikan seperti baiknya kamu, cantiknya kamu, bijaknya kamu, "malasnya kamu "<--- (opss, yang ni tidak ya ツ) & lain² bisikan yang bagus² aje tentang diri kamu?

Eh², tak payah nak mengelaklah ya. Semua orang per
nah mendapat bisikan ini tau, eleh :p

Ya, semua orang ada bisikan² ini. Ia datang daripada syaitan. Ia adalah bisikan yang mengajak kamu agar ujub (kagum dengan diri sendiri).
-----------------------------------------

Bagaimana mahu melawannya? Jangan jelir sudah :p hihi ツ.

1. •► Jangan kamu melayannya. Biarkan aje bisikan itu.

2. •► Masa tu sedarkan diri kamu cepat² (tepuk² pipi pun boleh, tepuk secukup rasa ツ) bahawa kamu tu hanya manusia berstatus HAMBA. Jangan nak berlagak. TUAN yang memiliki dirimu itu sahaja yang layak dipuji.

3. •► Terus istighfar memohon keampunan daripada Allah, DIA Maha Pengampun. Ditambah ucapan "AMANTU BILLAHI WA RASULIHI" --> آمنت بالله ورسوله <--- (aku beriman dengan Allah & Rasul-Nya) sebagai WARNING kepada diri sendiri. Allah & Rasul-Nya tidak suka kita bersikap ujub.

4. •► Kembalikan segala rasa baik, cantik, bijak dll itu kepada Allah. Daripada-Nya datang semua itu, maka DIA yang berhak dipuji & disyukuri.

◆ Nak rasa baik, cantik, bijak dll dengan kembali melahirkan syukur kepada Allah it's ok ツ. Tak ok bila rasa itu hanya terhenti pada diri sendiri semata. Maka di situ berlaku ujub. Moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini, amin.

Ingat! JANGAN LAYAN kehadiran bisikan ujub itu setiap kali ia datang mengunjungi hatimu.

Semangat untuk lawan. Semoga berjaya ツ.
----------------------------------------

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم








dipetik dari : 
http://www.facebook.com/syarifahfatimahalyahya?fref=ts

No comments:

Post a Comment