"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 31 October 2012

ukhuwah fillah sahabat

assalammualaikum kehadapan kak nong yang disayangi.. *macam buat surat untuk kekasih pula*hahaha

thanks for skype today... lepas rindu miss you kak nong!!!
selepas 3 bulan tidak jumpa,,
jiran@sahabat yang sangat saya kasihi kerana Allah..
kita umpama adik beradik ^^
kak nong kakak saya 23 tahun, dan  saya adik dia 20 tahun..
moga Allah redha hubungan kasih sayang antara kita..




dalam ukhuwah yang terjalin..
kami sematkan Allah didalam persahabatan ini..
IMAN menjadi kayu tunjang yang mengukuhkan persahabatan kami :)
selagi IMAN masih di dada, insyaAllah takkan berbalah..



Ukhuwah Fillah (persahabatan kerana Allah)
yang di selitkan dengan keImanan kepadaNya..
1+1 = 3.
sinergi yang akan membantu
membangunkan ummah.
tak kira siapa bangsa kita. dari mana asal kita.
selagi kita MUSLIM. kita adalah satu ukhuwah.
satu agama!
iaitu ISLAM yang tercinta , Allahu akbar! :')


yam hadiahkan doa rabitah untuk kak nong dan sahabat-sahabat yang yam sayangi kerana Allah.


Doa Rabitah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan: 

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."


ameen ya Allah..
moga Allah berkati semua urusan sahabat semua..


sekian,

dari
assiddeeqah

sahabatmu yang tercinta (^_^)

No comments:

Post a Comment