"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 31 October 2012

ziarah ILMI

                           Asslammualaikum semua.

lepas kelas hari ini bergegas pergi ke ILMI membantu sahabat tercinta satu batch sekolah rendah saya dahulu , jadi ustazah disini, sambil part time belajar di UKM.menguruskan usbu' thaqafah(minggu kebudayaan) sekolah rendah.

sahabat beritahu dia di library. ada tayangan vedio budak darjah 1 dengan 2.dudukla dulu di pejabat..
saya bosan duduk diam tidak mahu menganggu ustaz dan ustazah rehat..jadi nila masanya untuk melihat perkembangan-perkembangan baru di ILMI..lagi satu saya jenis pemalu sebenarnya.hehe..

kring kring kring masa menunjukkan jam 11.00 a.m masa pelajar sekolah menengah rehat..saya terserempak dengan adik form 1 yang saya tidak ketahui nama dia, tanye dia kelas tingkatan 4 dan 5 di mana ya?.terserempak dengan ustaz nasrudin( dah 25tahun ustaz nas dulu muda lagi 22 tahun, 3 tahun da ustaz di sini) dengan muka terkejutnya, maryam! maryam buat apa kat sini, saya jawab merayau ustaz.hehe..masuk kelas tingkatan 4 Al-khawarizmi,  kak yammmmmmmmmmmmmmmm..
jeritan mereka dengar sampai ke bawah...
ustaz nasrudin cakap, sampai bawah dengar ni..*amboi maryam laju nya jalan.haha. dalam hati malu dengan ustaz.. sebab pernah sakat/mengusik ustaz..hoho... nakal dulu,~

ustaz ni dahulu pernah ajar adik saya form 3, dan saya dengan sahabat saya syahadah pernah mintak ustaz nas buat kelas tambahan ajar kami bahasa arab..


kak yam sihat? kak yam cuti ke? dan macam-macam lagi pertanyaan mereka..
lepas itu,tibala satu persoalan kak yam ambil kos apa? kos ACCA.. apa tu? akaun yeh.
kak yam spm dulu dapat apa? ..hmm, kak yam ajar kami akaun sekejap ye..
saya pun ajarla basic form 4 imbangan duga dan kunci kira2.. tiba-tiba.. kak yam, ustazah azira pernah puji seseorang ni, dia suka mengajar akaun kat whiteboard dulu, masa tu 3 orang je dapat A akaun.. batch akak la kan..

ni mesti kak yam kan . >.<" malunya.. tidak saya sangka ustazah akaun saya puji saya..sebab ramai yang xsuka akaun, jadi xfaham.. saya pun terangkanlah , mungkin disebabkan saya tuition akaun dahulu..formulanya *akaun kena faham, bukan menghafal tetapi practise*..

*************************************
lepas dah ziarah tingkatan 4
lalu library.. sahabat saya di sini..
budak-budak darjah 1 dan 2 bising yang teramat... dia bengang.. tidak mendengar kata..
bunyikan siren, semuanya diam.. kemudian, dia suruh budak-budak itu angkat tangan letakkan di mulut.untuk pergi ke kantin..agih-agihkan kelas supaya tidak berterabur.. ada juga kasut hilang..saya tolong cari pasangannya.hehe.. Alhamdulilah jumpa.dan budak tu hampir hendak menanges tidak jadi menangis. ramai budak-budak tu tanya ustazah ajar apa?
***********************************
seterusnya pergi ke pejabat salam dan bertanya khabar
dengan ustazah-ustazah tercinta yang mendidik saya yang sangat nakal ni..
dari darjah 1 sampai form 5.. barakallahu fikum.. xbehenti berusaha menjadi pendidik di ILMI~

ustazah yang mengajar sekolah rendah :
ustazah zaiton -ajar math
ustazah norlela
ustazah norbainiza
ustazah suriati

ustazah yang mengajar sekolah menengah pulak:
ustazah jannah-ajar b.i
ustazah azira-ajar geo,akaun dan b.m
ustazah syarifah-ajar math dan science
ustazah suhaila-khb
dan kak nadirah guru ilmi(tidak kasi saya panggil dia ustazah panggil akak ja). ^^

dan sempat berkenalan dengan ustazah-ustazah baru,,hehe.

ustaz tinggal ustaz nasrudin dan ustaz mazlan ja.. yang lain semua ustaz baru.. paling muda umur 22tahun ajar menengah,baru tamat degree...

********************************
lepas itu perut sahabat saya kruk2, ikuti dia ke kantin..
ya Allah.jumpa makcik kantin, pakcik kantin ,  anak mereka kak nabilah , dan shahir. yang satu ketika dulu shahir amatla kecil orangnya...

dari darjah 1-form 5 saya di sini. jasa mereka sungguh besar... kerana tidak pernah jemu untuk membantu ILMI.. moga Allah berkati mereka semua..

antara perbualan saya dengan makcik kantin :
maryam: Assalammualaikum makcik(salam tangannya)
apa khabar makcik?
makcik kantin: Alhamdulilah makcik sihat.
makcik kantin : belajar di mana?
maryam: kolej poly tech mara makcik. ouh, yang dekat sharmelin tu ye?
makcik kantin: maryam makin besar awak da makin lawa.. ada orang dah ke?
Sahabat saya di sebelah : makcik kantin nak meminang awak la..hahaha..

lepas dah order makanan semua...masuk balek ke pejabat..jumpa sahabat satu batch form4 dan form5, ketua kelas kami.. dia mengajar di sini (dah kahwin dengan sahabat sekelas da ada 2 anak,lepas sekolah terus kahwin) , HANIF! perangai dia tidak pernah berubah.. (ah,panjang umur!) haha. *mengumpat la tu dengan syahadah.haha

******************************************


kemudian meneruskan aktiviti pergi ke darjah 5abu bakar... yang dahulunya class kami 4umar..hoho..dah pecah2 class..
 ada latihan chorul speaking..
persembahan mereka minggu depan.. budak lelaki sangat nakal berbanding perempuan.. ada je salah.. perempuan ok ja. ehem..
saya kenal 2 orang di situ..adik kepada sahabat adik saya, dan adik sahabat saya..
*WELL ORANG FAMOUS*hahaha..--kena buu di situ dengan antum!!--

                                   ********************
lepas tamat sesi latihan, pelajar semua turun ke kantin.. kami kembali ke pejabat untuk menunaikan solat zohor..

############


kemudian :kami pergi ke kelas 4 uthman *mengajar qiraat. yang dahulunya kelas tingkatan
4 al-khawarizmi batch senior..
Alhamdulilah.. senang hati sebenarnya.. diberi kesempatana ajar qiraat ni..hehe..
tapi banyak yang mengaji tidak tahu apa yang dia ngaji.. kena fahamkan dengan maksud ayat sebenarnya, supaya mereka tidak main2 ketika mengaji..

selepas ajar ngaji ustazah farhanah suruh lipat kertas, jadi 4 petak, lukis roti , ikan dan epal =)

jam loceng berbunyi lagi krink krink krink pukul 3 petang dah. sesi persekolahan tamat.. Alhamdulilah..

                               ****************************
masa hendak masuk pejabat, terserempak dengan adik-adik junior yang saya kenal..
tegur mereka.makan ice cream sedapnya..tula kak yam cuaca panas elok makan ice cream ni, segar sikit.hehehe..

jumpa ustaz mazlan : yang pernah mengajar saya dahulu ketika sekolah rendah mata pelajaran psra.. sekarang jadi guru besar dan pengetua sekolah..
sahabat saya saja mengusik, maryam nak ajar di sini ustaz,, ustaz pun tanyala belajar di mana? dah sem berapa.. lepas tamat belajar kalau kamu berminat boleh ajaa.. ^^ huhu... popular kptm di kalangan ustaz-ustaz ni, sebab suami ustazah zaiton bukak gerai di situ..=) lagi pulak abgwan yang bukak gerai tu aktiv pas ..

jumpa pulak adik-adik sebaya adik saya form 5,
dania, huda..

dania,huda : kak yam apa khabar sihat?
maryam: Alhamdulilah sihat..
dania,huda : kak yam hari tu nak ajar kami akaun kan, nanti kita buat date kita jumpa di perpustakaan negara bole?
maryam: ok ja.. korang semua aktif programkan? wah.! hebat sungguh korang ni. :D *dalam hati kalah kitorang dahulu..
dania,huda :biasa je kak yam.. kak yam pun aktif , cakap orang..haha,

*mereka bercita2 mahu melanjutkan pelajaran di yarmouk jordan*
SMA mereka mumtaz dan jayyid jiddan.Alhamdulilah..
tunggu keputusan SPM pula bagaimanakah nanti? tunggu dan lihat..
moga Allah memudahkan urusan mereka.. Ameen..

sibuk bersembang, tiba-tiba ada seorang lelaki yang 1 batch dengan dania , motornya terlanggar seorang budak sekolah rendah..

nasib baik perlahan ja motor tu,sempat break..tudung budak tu tertanggal..

*hafiz nama dia, jantungnya berdenyut2 laju.. pertama kali langgar anak orang.. ikut masuk pejabat..
ustazah asma saja acah dia. tengok hafiz gelabah.
 *hafiz kena kahwin dengan dia ni hafiz*

hahaha..

******************************
ramai yang tanya,ustazah,mahupun adik2- saya cuba/cari2 tengok fb  tapi tidak ada.banyak pengisian..huhu*hati rasa bersalah..dah janji pada diri.jadi kena tunaikan.
+deactivate sekejap.nak focus exam, dan nak kenali diri.. insha Allah.. yang penting usrah tidak ditinggalkan..itula penguat rohani dan pemberi semangat..

kenangan di ILMI.love it... kembalikan segala memori zaman sekolah..
dulu, saya jadi seorang pelajar, kemungkinan saya mungkin akan jadi seorang guru di ILMI?
.guru akaun atau math.insha Allah.kerana itu yang akan memberi manfaat pada orang lain..
dan di ILMI ada
suasana tarbiyyah islamiyah..
saya tidak berminat sangat kerja di pejabat, walaupun saya ambil akauntan,
tetapi ok aja.. cuma xlama mungkin.

. atau adakah5 tahun nanti..
 saya akan bukak business sendiri?

*kena bayar balik pinjaman yang cukup banyak ni..kena kerja..*selain itu,kena ada tabungan untuk masa depan..buat haji/umrah my target, bawak umi dan adik-adik pergi ke tempat-tempat bersejarah islam. jordan, mesir dan sebagainya.. insha Allah..doakan ye..=)

dahulu umur 18-20
1)18tahun: kerja di kedai buku (5bulan). full time lepas spm. -duit digunakan masuk kolej, dan sebagainya..tapi banyaknya guna untuk makan.
2)19 tahun :restoran rasamas (5 bulan) sebab operasi tutup , part time sabtu ahad ,walaupun pakai inner di dalam , baju pilih yang longgar2 dikatakan bajet alim.. fyuh2
-tapi dah taubat xnak kerja restoran
3)20 tahun : kerja di stesen rakyat sebagai cashier..(sebulan setengah ja) sebab kerja sebelum final exam



tahun depan
umur 21-23
ACCA
*kerja apa-apa , sambil belajar kumpul sikit2 backup duit abah*

 reflection ..macam manala perasaan seorang guru.. bila anak murid tidak dengar kata, dan nakal?

yang paling penting sekarang, kena beradab dengan semua orang,,

sahabat saya minta saya pergi lagi kalau free.. insha Allah.. ada masa lapang lagi,dan tak da kelas saya pergi ya =)

ni ilmi punya link http://akademi.ilmi.my/ ,
dan bakal bukak maahad taafiz ilmi..



Rasulullah saw bersabda dari muadz bin jabal direkodkan AT-Tobrani dan Al-bazaar)

"sekali-kali dua kaki hamba tidak terayun pada hari kiamat, hingga ditanya tentang empat perkara, 
tentang umurnya , untuk apa dia menghabiskannya,
tentang masa mudanya, untuk apa dia mengusangkannya,
tentang hartanya , dari mana dia mencarinya dan untuk apa dia belanjakannya,
dan tentang ilmunya , bagaimana dia mengamalkannya.













logo ilmi : iman ,ilmu dan amal..

                                  assalammualaikum..jumpa lagi ya! =)













No comments:

Post a Comment