"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 16 November 2012

Palestin and we?




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight  
Michael Heart - We Will Not Go Down








Memandang wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah di dalam hati kita kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara kita yang ditindas. Kemudian soalan-soalan datang menerjah nurani keimanan kita, apakah bentuk-bentuk bantuan yang paling relevan disumbangkan kepada mereka agar kita terlepas dari tanggungjawab sebagai muslim di hadapan Allah nanti? Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman yang menumpahkan darah kaum muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para Nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah, apakah perananmu untuk memastikan kalimah Allah tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?
Tak mampu rasanya menjawab soalan-soalan tajam umpama peluru-peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup telah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Sesungguhnya seluruh bumi Allah ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang muslim lahir disitulah tanahair kita. Tiada batasan yang memisahkan seorang Malaysia dan seorang Palestin, agama telah mengajarkan tiada perbezaan antara kulit hitam atau putih kerana yang menyatukan mereka adalah keimanan kepada Allah Yang Satu. Kita disatukan oleh iman, inilah nasionalisme Islam yang sebenar.
Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isuPalestin. Padahal mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu-isu kemanusiaan sejagat. Keghairahan membina masa depan sendiri telah menyuburkan egoisme dan sifat individualistik dalam diri manusia. Mengabaikan isu Palestin semudah mereka menekan butang televisyen yang memaparkan kisah Palestin ke siaran sukan atau hiburan tanpa rasa prihatin.
Bangkit lah duhai pemuda-pemuda ISLAM
ISLAM perlukan kita !





Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?

Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan. 

Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan, 
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.

ISMA KOREA




“And never think of those who have been killed in the cause of Allah as dead. Rather, they are alive with their Lord, receiving provision.” [Ali Imran: 169] :”)



Artikle ini diambil dari tumblr.

Allah, renungi sejenak apa usaha kita pula untuk jadi orang yang beriman?Cukup Mukminkah kita?
Cukup mengikuti Rasulullah kah kita?

Sedang ku berjalan pulang dari masjid,
ku terasa lengan jubah putih ditarik manja.
“Balong Balong, why Israel attack Gaza?
Why must there be war?
And why not Malaysia?”
“Sayang, they attack Gaza because they are afraid.”
Hati tersengih melihat dahi adikku berkerut,
terasa kasihku padanya melimpah ruah,
sungguh, cinta yang bersandarkan Allah,
amat luar biasa penangannya,
sungguh hebat auranya.
“Malaysian Muslims have already lost the war.
We lost to McD, televisions, songs, games, KPops, and cigarettes.
We are their sheeps, we are their goats.
We are no one in their eyes.”
“But Gaza, fuh.
That’s a different story.
They live by the al-Quran,
they live the life of the Sahabah.
Which is why they are fighting the real war right now.
Which is why they running towards Syahid, and Jannah.
It’s our dream too, sayang.
It’s our dream.”
Kini tangan ku digenggam erat.
Biarpun pandangan kami tidak bertentangan,
tapi aku yakin, hati kami sedang mengibarkan sayap,
terbang ke arah saudara-saudara kami tercinta,
di Gaza, tanah tumpahnya darah para Syuhada’.
“Balong.”
Hm?
“Jom read al-Quran?”
“Jom.”
Langkah dipercepat.
Genggaman diperkemas.
Hati dipertetap.
Menuju destinasi yang sama.
Jannatul Firdausi.
Tempat pertemuan para Mujahid.
Matlamat kami dan mereka.
Kini, esok dan selamanya.
…………………..
“Wahai Nabi (Muhammad)! Cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang Mukmin yang mengikutimu.”
-Al-Anfal 8:64-
Kadangkala, kita terlalu khusyuk mengungkap bait-bait pembakar semangat,
“Usah gusar, kita ada Allah! Islam pasti menang!”
“Jangan takut, wahai saudara-saudaraku di Palestina, Allah ada bersama kita!”
“Ayuh, kita tembakkan doa, cukuplah Allah menjadi pelindung kita!”
Hingga kita terlupa,
kita teralpa,
hanyut dibuai kesyokan diri.
Allah mencukupi bagi mereka yang Dia kehendaki.
“…dan bagi orang-orang Mukmin yang mengikutimu.”
Cukup Mukminkah kita?
Cukup mengikuti Rasulullah kah kita?
Tidak semudah itu jalan Mujahid,
dan tidak seindah itu jalan Syuhada’.
Tapi Jannatul Firdausi,
tetap menjadi impian mereka-mereka,
dan menjadi dambaan kita-kita.
***
“… iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
“… dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.”
“… dan orang yang menunaikan zakat.”
“… dan orang memelihara kemaluannya.”
“… orang yang memelihara amanat dan janji-janjinya.”
“… serta orang yang memelihara salatnya.”
- Al-Mu’minun 23:1-11-
Ayat-ayat dalam surah Al-Mu’minun,
tatkala diberitahu ciri-ciri para Mukmin,
sangat ringkas, dan straight to the point.
Kerna, Allah sedang menegur kita, sayang.
Allah sedang memberitahu kita,
yang inilah jalan yang satu,
yang Aku redhai.
Lakukan ia dengan hati yang tetap,
akan jadilah engkau dalam golongan mereka yang beriman.
…………
Wahai saudara-saudara yang ku kasihi sekalian,
Boikot barangan Israel itu bagus.
Tembakkan doa bertubi-tubi itu jua bagus.
Tapi kita ada sesuatu yang lebih besar yang perlu dibuat,
iaitu beriman kepada ayat Allah,
“… Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.”
- Al-Anfal 8:65 -
Celikkah anda, Rijal-Rijal Mu’minin?
Nampakkah anda, Nisa’-Nisa’ Mu’minat?
Kita tak perlukan 1.5 billion orang Islam di dunia ini,
yang kita perlukan hanyalah segolongan orang yang bergelar Mukminin,
golongan yang beriman kepada Surah al-Mu’minun,
dan hidup berpandukannya.
Dan yang kita perlukan adalah membangkitkan semangat mereka,
sedarkan mereka dengan cepat,
dan kobarkan himmah mereka.
Kita perlu memastikan mereka mengenal erti tajarrud.
Kita perlu menyedarkan mereka akan pentingnya menyerahkan segalanya kepada Islam.
Sungguh,
kebangkitan kedua itu sudah dekat,
kemenangan Islam itu pasti.
Dan kita bakal menjadi Mujahidin Mujahidah,
yang para Syuhada’ sedang menanti dengan penuh gembira.
Allahu Allah!
”.. mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka…”
- Ali ‘Imran 3:169 -





ni pula perkongsian artikle dari blog ustaz hasrizal jamil. :)
http://saifulislam.com/?p=288


Gaza Dan Doa Kita



Gaza bermandi darah lagi.
Hujan peluru.
Syuhada’… Syuhada’…
Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter.
Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna.
Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan.
Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara.
Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terkuis oleh jeritan dan pelbagai tindakan saya.
Kerana itu kali ini saya sepi. Termenung. Selepas puas memandang jauh, saya pulang melihat diri. Muhasabah.


Terpandang hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏ ( ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَيُّهَا النَّاسُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ ‏ ‏وَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ‏ ‏ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ ‏ ‏أَشْعَثَ ‏ ‏أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ‏).
Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]
Justeru, apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

UCAPAN PRESIDEN MESIR : DR.Mursi.


Khamis, 04-10-2012 - Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan berdiam diri terhadap isu Palestin. Mursi juga menegaskan sikap Mesir yang konsisten bersama rakyat Palestin. Dalam pidatonya di perhimpunan agung Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP), Mursi menyatakan dengan tegas terhadap halangan-halangan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Gaza. Hal ini dengan jelas dapat dirasai bilamana sempadan Mesir-Gaza dibuka lalu memudahkan rakyat Gaza untuk mendapatkan segala bentuk bantuan termasuklah pendidikan, perubatan dan lain-lain.

http://palestinkini.info/?p=12159
dan http://aljazary.blogspot.com/2012/11/mengapa-mursi-tidak-menyerang-israil.html



jom menderma. =)

melalui sms . taip PALESTIN >JARAK< 10 (nilai RM 10,5,3,1) dan hantar ke 39111.
melalui aman palestin~

No comments:

Post a Comment