"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Saturday, 10 November 2012

motivasion zero to hero 1


Bismillah,

Kita hanya memiliki tiga perkara yang dapat dikawal dalam hidup ini iaitu fikiran kita , imej yang kita bayangkan , dan tindakan yang kita ambil. Bagaimana kita menggunakan tiga perkara ini menentukan semua perkara yang kita alami. Apabila kita tidak menyukai hasil yang kita keluarkan ataupun alami , kita perlu mengubah respons dan tindakan yang kita berikan. Positif fikiran negatif. Ubah apa yang diangan-angankan. Ganti kebiasaan kita. Tukar jenis bacaan. Tukar kawan-kawan kita. Ubah cara kita bercakap dan Ubah tindakan kita.


Semua yang kita alami hari ini adalah hasil Tindakan kita pada masa lalu

S + T = H / E + R = O

(Situasi + Tindakan = Hasil

kita dapat bonus RM400

Situasi : kita diberi bonus RM400
Tindakan : kita menghabiskannya di bandar
Hasil : kita pokai

Situasi : kita diberi bonus RM400
Tindakan : kita menyimpannya di Tabung Amanah
Hasil : Nilai kewangan kita meningkat.


kita periksa minggu depan

Situasi : peperiksaan minggu depan
Tindakan : belajar last minute
Hasil : result tidak seperti yang diimpikan

Situasi : peperiksaan minggu depan
Tindakan : mengulangkaji pelajaran dari awal seperti tarikh yang diberi
Hasil : result excellent

Tindakan yang sama tidak memberikan hasil yang berbeza. Ia tidak akan berlaku. sekiranya kita menghisap rokok dan terus merokok,  hidup kita tidak akan menjadi lebih baik. Sekiranya kita meneruskan tabiat sedia ada, hidup kita tidak berubah menjadi lebih baik.

Hari kita mengubah tindakan kita adalah hari hidup kita mula berubah menjadi lebih baik. sekiranya apa yang sedang kita lakukan sekarang mengeluarkan hasil yang lebih banyak dan lebih baik dalam mengejar impian kita, benda yang lebih banyak dan lebih baik itu pasti menampakkan hasil. Sekiranya kita mahu sesuatu berbeza, kita perlu melakukan sesuatu berbeza.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Berhenti menyalahkan orang lain

"sikap gemar menyalahkan orang lain adalah suatu pembaziran masa. Tidak kisahlah betapa banyak kesilapannya yang ditemui , dan tidak kisahlah berapa banyak kita menyalahkannya , ia tidak akan mengubah kita"

Kita tidak mendapat kejayaan selagi kita terus menyalahkan orang lain ataupun benda lain kerana kita tidak berjaya. Sekiranya kita mahu berjaya , kita perlu mengakui kebenaran ini, iaitu diri sendirilah yang menjadi sebab kegagalan. kita yang mengambil tindakan itu, memikirkan pemikiran itu, mencipta perasaan itu, dan kita yang membuat pilihan yang menempatkan kita dimana berada sekarang. Diri sendiri yang melakukannya. Walaubagaimanapun Allah Maha kuasa menentukan :)

contoh :

~kita yang memakan makanan ringan itu
~kita yang tidak berkata tidak
~kita yang mengambil kerja itu
~kita yang sanggup bekerja lama di situ
~kita yang pilih mempercayai mereka
~kita yang melupakan impian kita
~kita yang membelinya
~kita yang tidak mengendahkan gerak hati kita.


secara ringkasnya, kita yang memikirkan pemikiran itu, kita mencipta perasaan itu, kita yang membuat pilihan, kita yang meluahkannya, dan kerana itulah kita berada di tempat sekarang.


Umat Islam pula disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”



Amaran Lampu kuning

Sedarlah yang tiada satu peristiwa berlaku secara tiba-tiba kepada kita. kita selalunya menerima amaran terlebih dahulu seperti tanda amaran lampu kuning. Tanda amaran ini selalunya hadir dalam bentuk yang ketara, komen daripada orang lain, gerak hati atau naluri. Perasaan ini memberikan isyarat kepada kita perihal bahaya yang mungkin melanda dan memberikan kita masa mengelak.

Kita sentiasa menerima lampu isyarat kuning ini. Amaran lampu kuning yang nampak jelas ialah :

~Dia sentiasa pulang lewat

lampu isyarat dalaman :
~Gerak hati
~Terbayang-bayang
~Lintasan fikiran
~Muncul Rasa Takut.

Amaran ini memberikan kita masa supaya mengubah tindakan kita (T) dalam persamaan S+T=H.
Namun, kebanyakan kita tidak mengendahkan amaran lampu kuning. Ini kerana apabila kita mula menumpukan perhatian kepadanya, kita terpaksa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan.
seperti Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menegur pasangan kita yang menghisap rokok. Kita berpura-pura tidak melihatnya dan kononnya tidak tahu-menahu berkaitan perkara itu kerana tindakan itu lebih mudah, lebih menyenangkan,tidak perlu bersemuka,dapat mengekalkan perhubungan yang aman serta tidak perlu mengambil risiko.

*menegurla cara hikmah, selesaikan bukan memikirkan masalah*



Biasa kita dengar pepatah tersebut bukan. Dalam pepatah arab ada menyebutkan الوقاية خير من العلاج bermaksud memelihara itu lebih baik dari merawat.




Rasulullah menanamkan cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.

"Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia." (Q.S. Ad Dhuha : 4)

"Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal" (Q.S. Al A'la : 17)


"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang mengajak kepada Ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah"
[Q.S. Ali Imran : 110]


Moga entri ini bermanfaat buat kita semua dan sama-sama kita amalkan. Insha Allah :)


1 comment: