"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 13 November 2012

Sahabat Dunia Akhirat (SDA)

Akhirnya. Fatimah(bukan nama betul) kembali ke jalan yang lurus.. Allah Maha memberi petunjuk. sudah 3 bulan dia berubah, dia berusaha untuk berubah dan mencari Ilmu,dan mendekati sahabat-sahabat yang solehah. subahanallah.,

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11"


"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu"

usrah mengubah hidup dia,sikit demi sedikit, akhirnya dia kenal mana baik dan buruknya. Mana adat dan mana sunnah. Malah salah seorang sahabatnya raidah(bukan nama sebenar)  yang pernah tinggal satu rumah sewa dengannya dahulu mengalir air dan mengerjakan sujud syukur selepas diberi khabar berita yang sangat mengembirakan.. sahabat yang baik adalah sahabat yang menerima kelemahannya dan saling lengkap-melengkapi.bukan mengutuknya kerana mungkin dia tiada ilmu dan tiada siapa yang mendidiknya.



Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya" (Riwayat Al-Tirmizi)



                                                   Jalinan persahabatan Akhirat

Seperti gambar di atas, ikatannya cukup kuatkan macam tu jugala ikatan ukhuwah yang berpaksikan keimanan~

Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita , baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. sama ada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya , ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi , sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak". (Riwayat Abu Daud)

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan,teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuhi kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.


Sifat sahabat yang mulia


  1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Menjadi seorang sahabat yang disenangi , mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.


    2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat.


Menjadi seorang sahabat yang menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada. Tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.

Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "sesiapa menutup keburukan saudaranya , maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat". (Riwayat Ibn Majah)


    3.Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.

Menjadi seorang sahabat yang sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.

   4.Menyebut kebaikan

Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita , dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.

   5. Mudah mengalah

Jika berlaku salah faham , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

   6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.


Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari Reda-Nya.



saya sayang sahabat saya. yang sudi menasihati kelemahan saya dan menerima saya sebagai seorang sahabat:) bersahabat berpaksikan keimanan, saling menerima dan berlapang dada. Insha Allah. Tarbiyahlah menguatkan hati-hati kami. Mengamalkan Formula 1+1=3 sinergi  dan seterusnya menyebarkan sayap MLM ilahi.

dendangan lagu nasyeed unic : seiring sehaluan.
kita laungkan Allahu akbar Seiring sehaluan,satu cita dan impian.susah senang kita tempuhi bersama. Bertemu berpisah kerana Allah. 

  • zafirah, safwanah, kak iman, kak nong,kak hana, kak ummu, raidah, khairiyah, kak faizah, kak qila, farhanah, zahara, kak aini, kak intan, syahadah, salsabila, hasyyati, natasha , kak ayu, kak musliha,aisyah fb. 
  • Tarbiyyah manis dari mdm zulaini.
  • ucapan tahniah buat sahabat-sahabat yang sudah/baru/bakal mendirikan rumahtangga: moga rumahtangga terus bersinar dengan ketaatan kpd-Nya dan bahagia hingga ke syurga, serta jadikan ia sebagai wasilah perkasakan ummah,moga dapat zuriat yang soleh/solehah yang membawa ke syurga. 
  • Doa rabitah: 

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…



salam pencinta Rasulullah.

-Allah utamakan , Sunnah Rasul didahulukan -


~rujukan solusi isu 35- sihat tanpa maksiat.


No comments:

Post a Comment