"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 6 November 2012

motivasi dari 2 motivator before final



selepas pergi register intensive revision class di kasturi pasar seni,
saya pergi ke kl central lagi, hari ini hari terakhir ekspo buku .

dapat mesej dari sahabat :

teet.., mesej berbunyi! (gaya wonderpets)

hilal , kak irma dan fatimah syarha ada hari ini.
syukran sahabat ^_^

twitter pun ada mereka mention  :)

jadi saya singgah sebentar sebelum pulang.

.tetapi masa fatimah syarha punya talk tidak dapat hadir, kena balik awal :(


                                                 ramai sungguh kan?


thanks akhi hilal dan ukhti irma
sudi conteng kata-kata semangat dan motivasi kepada saya sebelum exam final ni.

mereka sudi conteng di buku bata-bata kehidupan akhi hilal asyraf :-)
ada motivasi melekat tu yang penting, tengah down ja baca :) he.
*siap bergambar dan berautograf lagi*



akhi hilal pesan :

special for maryam :

kita ini nak menuju kepada Allah,
maka hiduplah dengan kesungguhan,
kerana mustahil ke syurga berlenggangan

ukhti irma :

Dear maryam :

usaha selagi mampu,
dan jangan lupa usaha disusuli dengan doa pada Allah swt.
Insha Allah kejayaan bersama awak :)


barakallahu fikum :)


*************************************************
exam final tinggal 27 hari lagi..

doakan ye! =)
barakallahu fikum~

**************************************************

sincerely,

assiddeeqah

********************************************************************

renungan bersama : 

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.
“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3) 


Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. 

Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja. 

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, 
masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. 



 Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, 

yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa

Jadilah seorang penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta,

Usah kita resah dan gelisah, 

tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. =)


Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. *


Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan sahabat-sahabat , termasuk ana 
sendiri.

No comments:

Post a Comment