"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 14 December 2012

mudahnya bila memakai pakaian syariat kan?

kelmarin , sebelum pulang ke rumah. saya solat sebentar maghrib di lrt sri rampai. kebetulan, masa itu baru saya perasan, telekong ada satu ja.hmm, bermonolog sebentar. *in sha Allah maryam, jubah/baju labuh berseluar/baju kurung,stokin, tudung labuh ok dah tu, cukup syarat da boleh guna solat* jadi, tak apa lah, biarkan sahaja orang lain memakainya. ada beberapa orang yang baik hati, meminjamkan telekong mereka kepada orang lain. syukur , Alhamdulilah

lepas saya solat maghrib ramai orang bertanyakan pada saya. 
1) boleh tidak pakai tudung ni, singkat tak?
2)Tangan boleh ke nampak?
3)kena pakai stokin kan?tak pala dik, sempat ni akak balek solat kat rumah.

moga Allah memberi petunjuk kepada mereka, dan memudahkan urusan-urusan mereka.
ok, mudah sangat islam ni kan? islam memang tidak menyusahkan. semua nya Allah perintahkan, semuanya baik untuk kita kan?



Syarat Pakaian Solat Wanita.

Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -

Hadis pertama
[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).

penjelasan 
Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalahKhimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim -  dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].

Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada  seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.



Hadis kedua
[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.
penjelasan
Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih[4], maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.[5]


Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].

Dari ayat di atas Allah Subhanahu waTa'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan mahupun muka perlu tetap ditutup.








No comments:

Post a Comment