"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 30 December 2012

perkongsian pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul (fatimah syarhah)




"kalau suka , jumpalah ibubapa. sayangnya, tiada yang berani. tanda tak bersedia.
kalau tak sedia, kenapa nak bercinta ? bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan..

---------------------------------

Tiada Rahsia untukku terus gagah berdiri. menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.

-------------------------------------

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah s.w.t memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkhawinan. Justeru , untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkhawinan? bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan.
---------------------------------------

saranan doa jodoh dan zuriat yang soleh : (surah Al-furqan 25: 74) 

Doa pengasih :
Riwayat muslim~
Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ni menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku~

Ameen,

Manisnya selepas perkhawinan jika Allah diutamakan Rasul Didahulukan saling nasihat-menasihati:)

"Aku gembira dan amat bersyukur kerana banyak unsur didikan yang cuba diterapkan suami dalam rumah tangga kami sejak ia mula terbina. sejak awal perkhawinan , dia sering mencari waktu mengajakku berhalakah bersama. setiap sekali seminggu paling kurang . kami akan duduk untuk saling memberi dan mendengar tazkirah"

No comments:

Post a Comment