"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 28 January 2013

Aku,kamu seorang pendakwah


Motivasi diri 

Dakwah. Ramai orang tersilap faham dan salah menafsir kalimah ini, sedangkan dakwah itu bermaksud menyeru manusia melakukan kebaikan. Ramai yang menganggap dakwah hanya milik ustaz dan ustazah. Dakwah mesti dalam bentuk , hanya dalam masjid , surau dan madrasah.. salah faham yang kecil tapi membawa impak yang besar.




kesilapan tentang dakwah


  1. Hanya milik ustaz dan ustazah
              Inilah kesilapan yang paling besar dilakukan oleh kebanyakkan muslim. Apabila disebut sahaja pendakwah pasti terbayang seseorang yang berkopiah sedang menyampaikan kuliah ataupun seseorang yang bertudung labuh sedang berceramah.

              Anda tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang ustaz untuk berdakwah. Ini kerana kita semua adalah pendakwah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Hadis ini langsung tidak mengkhususkan tugas dakwah kepada sesetengah golongan malah ia meliputi setiap yang bergelar muslim.

            walau siapa pun anda, tanggungjawab untuk berdakwah sentiasa berada di bahu. Doktor berdakwah,accountant berdakwah,jururawat berdakwah, makcik kantin berdakwah,pelajar berdakwah, guru berdakwah,dan ahli perniagaan berdakwah. Bayangkan jika setiap muslim menggalas tugas ini dalam bidang masing-masing, nescaya islam akan kembali dijulang menjadi gemilang.

2.  Mesti dalam bentuk ceramah

Tidak adil jika dakwah hanya dilaksanakan dalam bentuk ceramah. Ini kerana tidak semua orang memiliki kepakaran berbicara dan berkebolehan memujuk yang berkesan. Malahan, jika disingkap sirah Rasulullah s.a.w, dakwah dengan perbuatan dan akhlak yang mulia juga memberikan impak yang cukup besar dalam menyebarkan islam!

 Maka anda boleh berdakwah dengan memperlihatkan betapa sopan dan bersihnya seorang muslim dengan meringankan senyuman dan berpenampilan kemas. Anda juga boleh menggunakan internet untuk berdakwah, seperti blogging, facebook, twitter,tumblr dengan suntikan motivasi agar dapat menyentuh jiwa yang sedang mencari peringatan. dan saya pasti, anda juga mampu memanfaatkan youtube dan twitter dengan input yang menyedarkan insan dan mengajak ke arah kebaikan.!!

3. Hanya di surau, masjid dan madrasah

 
    sekali lagi anda silap! Dakwah sebenarnya tidak mengenal tempat dan waktu. Malah dakwah lebih diperlukan di tempat-tempat yang tidak berkaitan dengan ibadah khusus. Contohnya, di pasar malam, kompleks membeli-belah, restoran, panggung wayang,asrama,kolej dan lokasi lain.

Al-syahid imam hasan al-banna merupakan seorang pendakwah contoh yang mengambil pendekatan dakwah yang berbeza pada zamannya apabila beliau memulakan dakwah di kedai-kedai kopi. Dengan kaedah ini jugalah gerakan ikhwanul muslimin di bawah pemimpin beliau mudah mendekati dan mengesani masyarakat islam di mesir pada waktu itu.

Anda juga boleh lakukan perkara yang sedemikian. cuma biasalah, kalau seorang pasti akan kekok dan malu. Apa kata anda bersama-sama rakan dan ahli persatuan merancang dan melaksanakan kaedah-kaedah dakwah yang segar ini untuk menyentuh hati yang patut disentuh dan mendidik mereka yang patut dididik. saya bagi contoh mudah untuk kita contohi , macam hilal asyraf. :) bina team langit ilahi (sahabat-sahabat beliau) bersatu dengan dia.untuk kembangkan dakwah.! tabik spring (^_^)

kesimpulan

Akhir sekali, mentaliti yang mengatakan dakwah itu kerja susah tidak tepat. Ia menjadi sesuatu yang susah apabila ia melihat ia sebagai kerja yang susah. Manakala ia bakal menyinar sebagai usaha yang mudah andai anda melihat ia sebagai kerja yang sangat menyeronokkan..

Percayalah! dakwah bukan sahaja mudah, malah ia sebagai saham (MLM) kita di akhirat. syurga milik mereka yang berjuang di jalan Allah. hidup bukan sekadar menjadi hamba Allah yang baik, malah membantu hamba-hamba Allah yang lain untuk menjadi manusia yang baik. Anda pasti teruja apabila melihat kerja dakwah anda membuahkan hasil. kalau tidak di dunia , di akhirat in sha Allah terpancar jua!


MLM ILAHI dipetik dari FANZURU

     salah satu MLM yang sangat untung dan tidak akan rugi it's free dan mudah. jika kita mengikutinya dengan bersungguh-sungguh.

    Apabila kita mengajak manusia berbuat kebaikan , maka pahala kebaikan yang manusia itu dapat, akan diberikan kepada kita juga.
contoh : kita mengajak seorang individu itu solat berjemaah di masjid, kita mendapat 27kali ganda daripada solat seorang diri, orang yang kita ajak tu juga dapat pahala 27kali gandi daripada solat seorang diri.Tetapi,pahala 27x ganda kita ditambah 27x lagi, sebab kita telah mengajak individu tadi solat berjemaah di masjidl. kita dapat MLM ilahi sebanyak 54x. itu kalau seorang, kalau kita ajak 10orang? 100orang?1000 orang? banyak kebaikan yang kita dapat. 

p/s: jadi apa tunggu lagi! jom sama-sama kita berdakwah (^_^) , perbaiki diri sambil ajak orang lain.
dan pesan seorang sahabat solehah yang baru meninggal baru ni, kepada kita..
‎"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2, tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang." - amanat almarhumah Siti Hajar. Ingat sahabat, kejar peluang hidupmu sebelum matimu. sama-sama kita.
nak lebih motivasi beli buku hilal asyraf : Fanzuru, in sha Allah dapat membantu anda menjadi pendakwah yang berkualiti.

source : GENQ -badrul sani.

No comments:

Post a Comment