"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Saturday, 26 January 2013

Asmaul husna-Al-salam




sedarkah kita perkataan al-salam sebenarnya sering kita ungkapkan ketika bertemu dan mengucap salam serta dalam solat lima waktu yang kita tunaikan? Nama Allah ini sudah biasa kita lafazkan. Mari kita sama-sama hayati.

Allah berfirman yang bermaksud dalam surah Al-Hasyr 59:23:
"Dialah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian Alam) , Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera (daripada segala kekurangan)"
 Mari kita berkenalan dengan nama Allah yang indah ini iaitu Al-Salam :

  1. Membawa erti keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.
  2. Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencatatkan kebesaran dan keagungan-Nya
  3. Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang memberikan keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat
cuba kita renung diri kita yang begitu istimewa penciptaannya. Hakikatnya kehebatan Al-Salam Allah terkandung dalam binaan diri seorang manusia. 

Allah menciptakan tubuh badan kita selamat dan sejahtera dalam beberapa keadaan antaranya :
  1. Badan kita bergerak ke kiri dan kanan ketika tidur kerana saluran darah yang ditindih oleh eberat badan akan tersekat. Allah yang melimpahkan kesejahteraanya kepada kita memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.
  2. ketika kita tidur , air liur akan banyak terkumpul di dalam mulut. Maha suci Allah yang memiliki sifat Al-Salam memberikan keselesaan kepada kita ketika tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara automatik
  3. seluruh badan tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.

Siapakah yang memberikan keselamatan ketika kita tidak sedar?
sudah tentu Allah Yang Maha Memberi Kesejahteraan dan keamanan.

Ayuh sama-sama kita syukuri ni'mat Al-Salam yang maha hebat!
Subahanallah! 

*bersyukur atas ni'mat iman dan islam

source- GenQ isu No.17 


No comments:

Post a Comment