"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 15 January 2013

Etika dalam berhibur










Etika dalam berhibur


Situasi :

Hati melonjak untuk pergi menyaksikan konsert hiburan


Jawapan :

Islam tidak menghalang hiburan kepada manusia kerana ia adalah fitrah semulajadinya yang ingin berasa seronok-salah satunya ialah Muzik. Namun, ia perlulah dilorongkan dengan cara yang sah di sisi syarak. Ini kerana , hiburan yag bermanfaat adalah hiburan yang tidak melalaikan seseorang daripada mengingati Allah.

Jika dilihat kepada konsep hiburan di dalam konsert pada masa sekarang ,ia jelas menyelitkan beberapa perkara yang dilarang di dalam agama. Secara automatiknya , sesuatu yang ditempelkan dengan perkara yang haram akan menyebabkannya menjadi haram. 



Di dalam konsert , ia mengandungi :
  • kandungan muzik yang mengandungi maksiat kepada pengagungan kepada selain Allah.Memuji-muji kaum wanita , dan mengalakkan cinta sesama bukan mahram
  • Dinyanyikan oleh perempuan yang haram dilihat oleh lelaki ajnabi dengan lengguk dan kelunakan suaranya
  • Ia bercampur dengan sesuatu yang membangkitkan syahwat seperti penyanyi dan penonton wanita yang membuka aurat.
  • pencampuran bebas antara kaum lelaki dan wanita yang tidak dibenarkan. walaupun mereka hanya duduk bersebelahan, ia dilakukan tanpa sebarang keperluan dan berada di dalam majlis yang mengandungi maksiat.
Maka pergi ke konsert untuk berhibur adalah diharamkan. sama juga seperti mendengar dan melaburkan wang ke dalam perkara ini, ia akan menjadi haram apabila disertai dengan salah satu daripada perkara di atas.

Namun tidak salah untuk ke sana apabila kesemua perkara yang disebutkan di atas dapat dielakkan . Perlu diingatkan juga , walaupun ia dibenarkan ,etika semasa berada di sana juga tetap perlu dijaga. Begitulah islam menjaga maruah dan kredibiliti umatnya. Oleh itu, pilihlah hiburan yang selari dengan kehendak syariat..



source : genQ - ISU 06 (etika dalam berhibur : ustaz muhammad yusuf A.kadir.)

No comments:

Post a Comment