"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 8 January 2013

First Aid-Rawat virus malas








Malas lawannya rajin. kenapa manusia malas? sebab suka menunda-nunda dan bertangguh dalam menyelesaikan tugasan.perkongsian ini untuk diri ana juga , doakan kita semua dilindungi dari sifat malas.


Punca malas

Malas itu ibarat satu virus.sebelum virus ini merebak dan membarah,kita kena merawat dan mencegahnya.Hakikatnya malas itu berpunca dari dalam diri kita.Antara punca-punca malas:

  1. Terlalu inginkan kesempurnaan
  2. kerap bertangguh
  3. tiada matlamat hidup yang tepat dan jelas
  4. masa terlalu lapang
  5. berfikiran negatif sebelum bertindak dan mencuba
  6. bisikan dan godaan syaitan
  7. tiada dorongan motivasi dalaman
  8. disebabkan terlalu kenyang makan dan tidur terlalu lama




Muslim itu Rajin

Percaya atau tidak , orang mu'min sepatutnya tidak kenal istilah 'malas' ini. jika ditelusuri kitab turath, maka kita akan dapati bahawa sikap malas hanya dikaitkan dengan orang kafir atau orang munafik. orang munafik yang bertopengkan muslim biasanya akan bangun untuk menunaikan solat dalam keadaan malas. Jika diberi pilihan antara menunaikan solat ataupun tidak, semestinya mereka memilih untuk meninggalkan solat. Namun apakan daya, mereka terpaksa berlakon dan berlagak alim di hadapan muslim yang lain.

sebaliknya bagi orang islam. mereka lazimnya bangun dengan penuh bersemangat dan meninggalkan semua pekerjaan yang mereka sedang lakukan semata-mata untuk menyahut seruan ilahi itu. dan melakukan perintah wajib itu tanpa rasa malas atau bersikap mengabaikannya.
sungguh memalukan kerana apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.


First aid/teknik merawat dan mencegah sifat malas

1) Selesai satu , uruskan yang lain pula.

Allah berfirman yang bermaksud : "maka apabila kamu telah selesai daripada sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain (surah al-syarh ayat 7)
benarlah kata Imam Hasan Al-banna : "sesungguhnya tanggungjawab kita lebih banyak daripada waktu yang kita miliki"

2)Semangat juang yang tinggi

Pernah dengar perkataan strong will? semangat juang yang tinggi ini akan menguburkan rasa malas. jika hidup terlalu sibuk mengejar pelbagai matlamat yang tujuan akhirnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat , maka kita tidak akan sempat melayan rasa malas yang hadir tanpa diundang itu.

3)Berdoa

Amalkan doa berikut agar rasa malas boleh diusir. Doa ini diajarkan secara langsung oleh Rasulullah s.a.w, di samping beberapa doa yang lain.

Maksudnya: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan kikir dan terlibat dengan hutang serta dikuasai musuh. (riwayat al-bukhari) Amalkan doa ini setiap pagi dan petang.


4)Campak alasan jauh-jauh

Pemalas lazimnya amat kaya dengan bervariasi alasan. walaupun malas melakukan pekerjaan tertentu , namun si pemalas ini ironinya rajin mula mencipta alasan. Mulai hari ini , jangan pujuk diri anda kenapa anda layak malas, tetapi motivasilah diri bahawa anda perlu rajin!

5) Memahami konsep masa

jika manusia memahami konsep masa yang dimaksudkan dalam surah al-'Asr, manusia tidak akan sekali-kali membazirkan masa yang ada.
 Allah berfirman yang bermaksud : "Demi masa. sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran (surah Al-Asr ayat 1-3)
Masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. samalah juga dengan masa yang dibiarkan berlalu.

6) Bersabar

skop sabar itu tidak terhad kepada bersabar ketika menghadapi musibah sahaja, malah ia lebih lagi daripada itu. kita juga dituntut agar bersabar semasa melakukan ketaatan dan juga bersabar dalam usaha meninggalkan kemaksiatan. ya, aneh kerana kadangkala kita malas melakukan ketaatan tetapi rajin pula melakukan kejahatan.



Bersabarlah wahai hati.
sama-sama kita koreksi diri :)



Rujukan : GENQ isu no.14.


No comments:

Post a Comment