"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 18 January 2013

ISLAM MELARANG KITA MENGHINA SESEORANG

ISLAM MELARANG KITA MENGHINA SESEORANG

Islam tak pernah mengajar kita untuk menghina seseorang walaupun orang tersebut bukan Islam. Kekasih kita junjungan besar nabi sallallah alaih wa sallam walaupun disakiti, dihina dan diejek oleh orang2 kafir tapi baginda sallallah alaih wa sallam tak pernah menghina mereka. Antara buktinya ialah kisah baginda dengan wanita yahudi.

KISAH RASULULLAH sallallah alaih wa sallam DENGAN WANITA YAHUDI

Kita semua biasa dengar bahawa nabi sallallah alaih wa sallam diejek dan dihina oleh seorang wanita tua yahudi, setiap kali orang ramai mendekatinya wanita tersebut akan mengejek dan menghina nabi sallallah alaih wa sallam , tetapi baginda sendiri setiap pagi menghantar makanan malah menyuap makanan tersebut kepada wanita tersebut tanpa mempedulikan kata2 wanita tua itu yang menyakitinya.

Pada suatu hari datang sahabat baginda sayyiduna abu bakar radhiaAllahu a'nhu kepada wanita tersebut dan menyuapnya tetapi wanita tersebut marah kerana dia dapat merasakan bukan orang biasa yang menyuapnya kerana selalu makanan yang disuap oleh baginda sallallah alaih wa sallam senang untuk dikunyah tetapi kali ini tidak. Abu Bakar radhiaAllahu a'nhu cuba untuk menenangkan wanita tua itu dengan mengatakan bahawa dia adalah orang yang biasa membawa makanan dan menyuapnya tetapi wanita tua itu menyedari bukan dia orangnya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah sallallah alaih wa sallam Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar radhiaAllahu a'nhu ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Subhanallah, hebat dan agungnya akhlak baginda, Allah SWT telah berfirman: 
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) adalah seorang yang sangat berakhlak mulia.

*Jom contohi akhlak baginda. (^_^) Wallahu a'lam.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


-akhi hafeez

4 comments:

  1. tidak kira siapapun dia,apa agamanya,apa pegangannya..jangan sesekali kita menghina dia..atau mengutuk dia..doalah yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Sifat baginda Rasulullah saw wajib untuk kita contohi dan teladani.

    ReplyDelete