"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Saturday, 26 January 2013

Mari ambil iktibar daripada 2 kisah dibawah ini. (2minit je)



Kisah 1

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Dinar r.a bahawa pada suatu hari beliau berjalan dengan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. dari Madinah dan menju ke Makkah. Di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang budak gembala yang sedang turun dari tempat pengembalaan dengan kambing-kambingnya yang banyak.

Khalifah ingin menguji sifat amanah budak pengembala tersebut. Khalifa berkata, “Wahai pengembala, juallah kepada ku seekor anak kambing dari ternakan ini.” Jawab budak gembala, “Aku ini hanya seorang budak hamba sahaya.” Maka berkata Khalifah lagi, “Katakan saja pada tuanmu, anak kambing itu telah dimakan oleh serigala.” Budak gembala itu menjawab, “Kalau begitu dimana Allah?”

Jawapan anak muda yang ringkas tersebut meremangkan bulu roma dan menyebabkan air mata Khalifah Umar r.a menitis. Kemudian beliau telah membeli hamba pengembala itu dan memerdekakannya.

Kisah 2


“Khalifah Umar al-Khattab r.a sangat terkenal dengan kegiatannya meronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu, “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”. Anaknya menjawab, “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin pasti melarang dan akan menghukum kita jika berbuat begitu.”

Si ibu masih mendesak, “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu lebih-lebih lagi di malam gelap begini”. Balas si anak, “Mungkin ibu benar… Tapi jika Amirul Mukminin tidak tahu, Tuhan Amirul Mukminin tetap tahu!”

setelah menghadami kisah ini, begitu hebat mereka ini, walaupun hanya pengembala kambing dan seorang gadis biasa. ada Allah di hati mereka..

cuba tanya diri kita, di mana Allah di hati kita?

sama - sama muhasabah diri kita.
 

No comments:

Post a Comment