"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 2 January 2013

Nasihat Imtihan? (^_^)

BISMILLAH..
Kepada semua sahabat2 yang dimuliakan Allah,




Sempana imtihan/ikthtibar (peperiksaan) yang telah tiba, ana doakan semoga antum semua dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan-soalan dan semoga najah / kejayaan menjadi milik antum bersama.

Ingat bahawa kejayaan dan kegagalan datang dari Allah Taala, begitu juga mudah atau susah kita jawab soalan pun datang dari Allah Taala selain dari usaha kita.

Oleh itu hendaklah kita usaha sedaya upaya untuk mengulangkaji dan menjawab soalan dengan baik, kemudian tawakkallah pada Allah Taala tentang keputusannya.




Sempena peperiksaan

1) jom banyakkan istighfar dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah kita lakukan

2)Banyakkan solat-solat malam
3)solat hajat dan solat-solat sunat lain dan mintalah pada Allah di waktu satu pertiga malam, kerana waktu tersebut merupakan waktu yang mustajab. 
4) Memperbanyakkan selawat, zikir dan bacaan Al Quran moga2 barakah kita lakukan semua ini Allah mudahkan kita untuk menjawab exam, tak mustahil kan?
5)Rebutlah peluang2 berdoa waktu-waktu yang mustajab dan banyakkan doa mintalah hajat kepada Allah Taala. 
6)Mohon maaf kepada ibubapa kita dan minta doa mereka kerana doa mereka sangat mustajab lebih2 lagi ibu kita
7)Maafkan sahabat2 kita dan lapangkan dada kepada yang telah membuat kesilapan kepada kita, insyaAllah Allah gantikannya dengan kejayaan dalam peperiksaan, tak mustahil kan? 
8)Antara doa yang sangat baik diamalkan sebelum menjawab ialah 
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلارب يسر ولا تعسر يا كريم رب تمم بالخير 

9)Mulakan jawab dengan bacaan bismillah, fatihah dan doa kemudian baca terlebih dahulu soalan-soalan. Fikirkan serta fahamkan betul2 kehendak soalan dan kemudian rangka jawapan dan jawab dengan uslub yang baik dan isi yang padat. 


soalan susah?


Jika ada soalan yang susah, utamakan soalan yang boleh dijawab dahulu kemudian setelah tamat, pergi semula kepada soalan yang susah dan apabila terlupa apa yang telah 
ulangkaji, 
1)bertenang, 
2)tarik nafas, 
3)baca selawat tiga kali, insyaAllah ingat kalau tak ingat jugak 
4)baca tasbih sujud sahwi tiga kali,
5) kalau tak ingat jugak jangan khuatir dan jawab apa yang semampunya. 


Selepas selesai jawab,


sebut alhamdulillah dan syukur pada Allah walaupun mungkin ada kesusahan, insyaAllah kita bersyukur Allah tambahkan nikmat untuk exam akan datang. :)




Motivation successful


1)"If you want to be successful, find someone who has achieved the results you want and copy what they do and you'll achieve the same results". (Tony Robbins )
2)"The successful man will profit from his mistakes and try again in a different way."
( Dale Carniege )


3)The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack of will. ( Vince Lombardi)

formula DUIT
Teruskan ulangkaji untuk matapelajaran seterusnya dan juga teruskan bermunajat dan memohon pada Allah walaupun setelah tamat exam nanti dan serahlah pada Allah tentang keputusan, jika baik maka alhamdulilah banyak2lah bersyukur dan jika tidak, redha dan jangan putus asa dan tingkatkan usaha untuk akan datang.



Nasihat dan muhasabah untuk antum dan diri sendiri moga Allah berikan hidayah dan taufiq buat kita semua. Ameen.

Wallahu a'lam. -akhi hafeez

No comments:

Post a Comment