"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 23 January 2013

jika rasulullah masih ada-Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 ^^







Sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya. :).


Bukti Mencintai Allah s.w.t. Ialah Dengan Mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.:"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, 
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), 
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
- Surah Ali Imran (3) : 31

Mentaati Rasulullah s.a.w. Bermakna Mentaati Allah s.w.t.:

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), 
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)." 
- Surah An Nisaa' (4) : 80 

Tugas Rasulullah s.a.w. Membawa Kebenaran dan Khabar Gembira Serta Memberi Peringatan

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, 
(serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) 
dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau 
sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab)
tentang ahli neraka."
- Surah Al-Baqarah (2) : 119

Perutusan Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi Rahmat Kepada Sekelian Alam

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam."
- Surah Al-Anbiyaa' (21) : 107

Detik-detik terakhir kewafatan nabi s.a.w -ustaz don daniyal


salam Cinta Nabi

Allah dan Malaikat-Nya
berselawat untukmu
empat alam dan penghuninya
jatuh hati padamu.

kau, penghulu pembawa wasilah
cermin Tuhan di bumi Adam
cintamu jalan lurus di atas neraka
diluar barisanmu ada cuma kebinasaan

Tapi, lihatla wahai rasul
lihatlah umatmu, umatmu
yang kau bela sepenuh cinta
seolah tak ada lagi harapan

kian membunuh pecah
bagai serpihan buih di lautan
entah aku ni ada di staf pertama
atau di barisan ketujuh puluh dua
cukup engkau dan Allah saja penyaksianku

ya Allah,kurniakanlah dalam diri hambamu ini
kecintaan yang benar kepada nabimu,
supaya kecintaan itu membuahkan amalan
dalam hidup dan memberi syafaat selepas matiku.
Ameen Ameen Ameen.


mari dengar Hadad Alwi-ya nabi salam alaika

source : kudamba cintamu ya Rasulullah
mari sama-sama kita memperingati kekasih Allah :) rasulullah s.a.w pada setiap hari dan mengamalkan sunnahnya :) dengan kita berselawat ke atas nabi junjungan mulia Rasulullah s.a.w
Allahumma solli ala saidina muhammad :)

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu". Hadis riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban.




No comments:

Post a Comment