"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 14 January 2013

satu hari satu sunnah-ketika keluar masuk bilik air

Masuk dan keluar bilik air merupakan salah satu rutin manusia yang terjadi berulang kali dalam sehari. Jika setiap kali keluar masuk bilik air seorang muslim mengamalkan sunnah-sunnah tersebut bererti dia telah melaksanakan dua sunnah ketika masuk(mendahulukan kaki kiri dan berdoa)dan dua sunnah lainnya ketika keluar (mendahulukan kaki kanan dan berdoa)

Berdoa dengan mengatakan "berlindung dari godaan syaitan jantan dan betina" bermaksud berlindung daripada kejahatan syaitan-syaitan tersebut yang menjadikan bilik air sebagai tempat tinggal mereka.

  1. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
  2. Berdoa ketika masuk ke bilik Air "ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan jantan dan betina".(Muttafaq 'alaih)
  3. Berdoa ketika keluar dari bilik Air "aku memohon Ampun kepada-Mu"
wallahu'alam


*Alhamdulilah atas ni'mat iman dan islam (^_^)
*Allahuma solli ala saidina muhammad wa ala alihi saidina muhammad. 

source :GENQ isu 06

2 comments:

  1. Salam, yes good job, mengingatkan org lain tntg sunnah yg simple2, maklum lah kita ni simple2 pn tapi jrg dok buat..hehe, moga2 lps ni lebih istiqamah ^^, keep writing !

    ReplyDelete
  2. wassalam..syukran. >_< in sha Allah. sama-sama kita :)
    doakan saya ya! salam ukhuwah (^_^)

    ReplyDelete