"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 15 January 2013

syamail muhammadiyah-Andainya Rasulullah masih ada.


Syamail Muhammadiyah (Peribadi Rasulullah)

"Andainya Rasulullah masih ada...Ingin sekali aku mendengar dan melihat baginda berbicara"


Al-hasan bin Ali r.a. meriwayatkan :

        "Aku pernah bertanya kepada pakcikku,Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya. "Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara rasulullah berbicara.

Lalu dia pun berkata , 'Rasulullah adalah sentiasa kelihatan amat prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama Allah.

Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci , dan jelas-tidak lebih dan tidak kurang. tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri ni'mat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya, Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar,baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. ketika menunjuk sesuatu , baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya, Apabila dalam keadaan terkejutm baginda selalu membalik (telapak tangan).

ketika berbicara , baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. ketika marah , baginda berbalik dan berpaling. ketika berasa tenang, baginda menundukkan pandangan, Tawa baginda adalah senyuman, dan gigi baginda kelihatan seperti butiran salju.
(Riwayat Al-Tirmizi)





-jom selawat ke atas nabi.
Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi saidina muhammad.

Gen Q-isu 03

No comments:

Post a Comment