"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 28 January 2013

Tip menghafal Al-quran

Tip menghafal Al-quran


sebelum

  1. Ikhlas. 
          Bebaskan niat anda daripada sebarang unsur keduniaan ,antara niat yang boleh diselitkan    ialah :
  • Niat untuk memperbanyakkan dan sering membaca al-quran.
  • Niat bertahajud dengan hafalan tersebut
  • Niat agar mendapat kemuliaan di sisi Allah sebagai penghafal Al-quran
  • Niat benteng diri daripada azab pada hari akhirat
  • Niat agar dapat mengajarkannya kepada orang lain..             

    2. Tekad dan azam yang kuat.
  • Ramai yang mempunyai azam untuk menghafal al-quran, namun tekad tersebut perlu kepada tindakan susulan . Jika tekad hanya kekal sebagai tekad , itu hanyalah hayalan..
   3.Memahami kedudukan dan fadhilat seorang huffaz alquran
   
   4.Benteng diri daripada dosa , maksiat dan perkara syubhat.
  •      Imam al-syafi'i berkata dalam bait syairnya : "aku mengadukan perihal hafalanku yang buruk kepada waqi". maka beliau menuntunku supaya meninggalkan maksiat , dan dia berkata : sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pendosa.
  5. Berdoa
   
  6.Menguasai ilmu tajwid
  •     Bagi mengelak daripada menghafal dengan bacaan yang salah dari segi tajwid hingga kekal bacaan tersebut dengan sebab hafalan
  7. Mempunyai perancangan yang jelas

   8. Bergabung dalam satu kumpulan.

semasa

1. Bawa atau simpan al-quran kecil di dalam poket atau beg
2. Hayati bacaan imam semasa solat berjemaah
3.Mulakan dengan juzuk-juzuk al-quran yang mudah dihafal
4.Guna hanya satu mashaf al-quran untuk menghafal.
5.Fahami makna ayat, asbab nuzul ,kisah-kisah hukum yang terdapat dalam al-quran , dan sebagainya dengan bantuan kitab tafsir walaupun kitab ringkasan tafsir.
6.Jangan berpindah hafalan sebelum anda benar-benar telah hafal.
7. Membahagi-bahagikan surah yang panjang
8.Memerhatikan ayat-ayat mutasyabihat.
9. berlumba-lumba menghafal al-quran.

selepas
1.sering mengulang-ulang bacaan.
2.sering memperdengarkan bacaan al-quran
3.Melakukan solat dengan ayat-ayat yang telah dihafal
4.Amalkan ayat al-quran yang telah dihafal. Ikutlah resmi para sahabat yang menghafal satu ayat dan terus mengamalkannya sebelum menghafal ayat seterusnya.



#p/s : jom amalkan ayat-ayat quran :) moga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa, :) Ameen.


source : cara cerdas hafal Al-quran, Dr. Raghib al-sarjani dan Dr,abdurrahman Abdul khaliq.

No comments:

Post a Comment