"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Saturday, 26 January 2013

untuk apa Aku Hidup?



Pepatah Arab ada menyebut hidup tanpa tujuan ibarat sampan tanpa duyung, tidak mampu ke mana-mana. Tanpa tujuan kita hanya mampu berjalan persis orang buta , tidak jelas arah tuju..
Pen dicipta agar mampu melarik kata-kata . Jam dicipta untuk "mengukur" masa. Apa pula tujuan manusia diciptakan?


FORMULA 115

Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, apatah lagi penciptaan manusia.
Allah berfirman dalam surah Al-mu'minun 23:115 : "sesungguhnya kami tidak mencipta kamu sia-sia"
Disebalik kelahiran mana-mana individu di dunia ini, tersirat tujuan yang agung. Apakah tujuan itu?
Sangat beruntung kerana Allah utus Rasulullah s.a.w kepada kita. Melalui baginda , Allah menyedarkan kita bahawa tujuan kita hidup di dunia ialah sebagai hamba dan khalifah yang memberi makna dan nilai bagi hidup kita.

sebagai hamba Allah :

  •  Lakukan apa yang disuruh , tinggalkan apa-apa yang dilarang.

Allah berfirman dalam surah Al-Dhariyat 51:56 yang bermaksud "Sesungguhnya aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah.

sebagai khalifah Allah :


  • Memberi manfaat kepada ummah serta memakmurkan bumi Allah
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah 2:30 yang bermaksud " Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : "sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.

kata hilal asyraf : tujuan hidup ini kalau bukan untuk taat pada Allah. sia-sialah!

source : GENQ isu 17.


No comments:

Post a Comment