"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Saturday, 9 February 2013

jom kenal brother Joannes Lukas






tak kenal maka kita ta'ruf dulu latar belakang brother  joannes lukas :)

  • nama islam Muhammad Johan Nur Saifullah Lukas Abdullah anak muda kelahiran Tawau, Sabah 
  • lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 
  • bermula masuk islam selepas berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk menyambung pengajian di UPM kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, saya sedang mengikuti matrikulasi.
  • “Jadi Muslim… memang tidak pernah terlintas dan terbayang. Ini kerana saya boleh dikatakan seorang penganut Kristian yang setia serta terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti gereja.
  • pengislaman dia lebih kepada pengkajian dan perbandingan agama.
  • minat membaca dan menganalisis adalah proses awal sebelum akur akan ketauhidan Allah s.w.t., sekali gus menerima Islam secara ikhlas tanpa paksaan.
  • “Satu persoalan yang terpacul daripada mulut seorang teman Muslim tentang keyakinan dia dengan agama anutan dia, membuatkan dia sentiasa memikirkannya berulangkali. Malah ini adalah satu pendorong untuk dia mencari apa di sebalik maksud soalannya itu tadi.
  • Dalam pembacaan dia pelbagai aspek berkaitan agama anutan mula dipersoalkan. Antaranya peranan Nabi Isa dan konsep Triniti atau tritunggal.
  • “Peliknya, sewaktu meneliti tafsir al-Quran dari al-Fatihah hinggalah ke surah al-Maidah ayat 72 dan 73, dia tidak dapat menahan sebak dan terus menangis. Ayat tersebut menjelaskan soalan yang saya cari selama ini. Seketika itu juga, terdengar laungan azan di masjid berdekatan asrama. Allah memberikan hidayah kepada-Nya
  • Alhamdulillah, dengan berkat sokongan ustaz Azhari yang juga merupakan abang angkat, akhirnya dia memeluk Islam iaitu pada 21 Jun 2000 di Jabatan Agama Islam Selangor di Subang Jaya, Selangor,” katanya.
  • hanya Allah memahami kegembiraannya kala mengucap dua kalimah syahadah. Ia seolah-olah berjumpa dengan sebutir mutiara. Perasaan seronok, gembira mengatasi segalanya, waima keputusan yang diambil itu membelakangkan keluarga.
  • “Menyedari pilihan yang dibuat mengundang kemarahan keluarga, saya cuba merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan keluarga dengan pelbagai helah dan lakonan semata-mata jika pulang ke kampung,” cerita anak ke-10 daripada 12 adik-beradik ini yang mahu kekal dengan nama sebelum Islamnya kerana ia masih membawa maksud yang baik iaitu, Yahya Lokman.
  • namun begitu, rahsia yang dipendam selama itu cuba ditamatkan dengan menulis sepucuk surat kepada keluarga. Di dalam warkah itu, dia cuba menjelaskan kepada keluarganya bahawa pengislamannya bukan kerana paksaan atau pengaruh sesiapa dan bukan kerana wanita tetapi hanya daripada kajian dan berdiskusi untuk mencari kebenaran.
  • perbuatannya itu mengundang kejutan besar kepada keluarga dan bermulalah episod penuh mencabar sebaik bergelar Muslim.
  • “dia ada pulang ke kampung sebelum majlis perkahwinan kakak.kepulangan dia tidak diterima mereka sehingga dia dihalau dan dipulau serta disindir. Itu semua tidak dia endahkan kerana dia sentiasa mengatakan bukankah bila dia masuk Islam, dia lebih baik dari dahulu?
  • “Saya sayangkan keluarga saya. katanya. Agama tetap agama dan bangsa tetap bangsa. Islam tidak memisahkan hubungan anak dengan ibu bapa mahupun keluarganya. Di samping itu, dia tidak pernah jemu berdoa dan melakukan yang terbaik sama ada sebagai anak mahupun adik.
  • “Alhamdulillah, kini ibunya menerima dan merestui pengislaman dia. Dia bersyukur keperibadian Muslim yang cuba dia tonjolkan kepada keluarga berjaya merubah persepsi negatif mereka terhadap Islam dan menerima dia sebagai Muslim,”
  • “Di hati kecil saya terpanggil untuk memberi satu kemanisan Islam kepada bukan Islam apa lagi tugas menyampaikan dakwah Islamiah adalah tanggungjawab setiap umat Islam yang merupakan khalifah Allah di muka bumi ini.
  • “Amatlah penting untuk kita memberi gambaran jelas tentang agama Islam. Sebab itulah, dia selalu terangkan kepada keluarga dan semua bahawa untuk kenal Islam kena kenal agamanya. Kesilapan sekarang ini, orang bukan Islam melihat dari sudut yang tidak berapa tepat iaitu orangnya,” katanya.

source :
1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

2)http://malay.bismikaallahuma.org/joannes-lukas-sebak-selepas-meneliti-ayat-al-maidah/


kesimpulannya 


*kita islam?tapi ada x kita kenal agama islam kita? (nada sopan)dan menurut perintah Allah dan Rasul?ramai non-muslim masuk islam,sebab dia kaji al-quran :) dan bandingkan kitab injil dengan al-quran.
*tunjukkan akhlak(attitude) kita sebagai islam dengan baik..(follow akhlak rasulullah) bercakap dengan sopan,hormati orang lain.cakap perkara yang baik ataupun diam sahaja.



*brother Jo,ada ceritakan, cara beliau berinteraksi dengan abang. dia memanggil dengan cara sopan *wahai abangku*dan mula-mula abangnya geli,lama-lama,abangnya panggil brother jo dengan gelaran wahai adikku.

*mengaplikasikan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian.

*dia kata lagi, masa dulu dia kerja dengan non-muslim, dia nak solat. dia minta izin untuk beri dia masa 15minute, dan dia betul-betul menjaga masanya. dia pulang 3 minute awal.
*
pesannya : "sentiasa berpegang dengan kalimah laila haillallah muhammadur rasulullah dan raditubillahi rabba wabil islam bidinna wa bi muhammadin nabi ya rasulullah."

*sebagai seorang muslim, contohi la akhlak rasulullah:) 
*sentiasa menunjukkan akhlak yang baik sesama muslim dan non-muslim.. :) 

berfikir sejenak..

1)apakah cara kita bekerja , menguruskan masa dan mengatur sistem kehidupan yang lain mengikut Rasulullah saw bawa?.
2)sudahkah kita ,keluarga kita dan sahabat-sahabat kita menutup aurat?
3)adakah budaya hiburan kita masih sarat dengan pergaulan bebas dan maksiat?
4)apakah kita bekerja berlandaskan syariat dan berkomunikasi menjunjung nilai akhlak islamiah@islahiah?
5)adakah semua ibadah habbluminallah dan habluminannas kita berada dalam rangka ikutan rasulullah s.a.w?


wallahu A'lam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum yam..Alhamdulillah entri yang sgt2 bermakna sis..akak suka sgt..dalam hati terpikir..kita lahir sebagai Islam..tp kita tak pernah bersungguh2 untuk mendalami agama kita sendiri..walhal orang yg bukan Islam yang terpanggil untuk mengkaji agama Islam..Astaghfirullahalazim..sungguh2 memalukan.. dan alhamdulillah Allah memberi hidayah kepada mereka yang berniat mengkaji Islam utk mencari jawapan..bukan utk mencari kesalahan..kerana sstgh mereka mengkaji Islam utk mcari kesilapan dan membuat onar..namun Allah lebih Mengetahui tipu dya mereka kan..? Harap yam dapat kupaskan lagi dalam tentang ceramah2 yg yam penah hadiri..akak tunggu tuuu..heee..LOVEEEEEEE U YAM LILLAHI TAALA.. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam kak nong... in sha Allah... sama-sama kita kak.. zikir fikir :) jazakillahu khairan khathira kak.. <3 u lillahi taala kak.......... doakan yam tau :D Alhamdulilah Alhamdulilah. ilmu yam pun masih tak banyak, banyak lagi kena kaji ni.. :)... hehe..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..yam ajar akak byk benda..syukran yam..nanti ajar akak lagi k.. n kak Nur Qasidah pun.. :)

    ReplyDelete