"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 15 February 2013

Doa untuk kaum wanita yang Allah bagi cuti :)

Doa untuk kaum wanita yang kedatangan haid



Riwayat daripada Aisyah R.A , diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil wa'zi wal israr dikarang oleh Osman bin Hasan Ahmad As sakiril khubuwi muka surat 44 baris ke 8 dari atas.


Ertinya : Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan haidnya itu menghapuskan kepada dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di atas) pada hari pertama : Alhamdulilah--->zanbin.

Maksudnya : segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa

maka baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya 40 mati syahid manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah di dalam masa haidnya (Riwayat daripada Aisyah)


rujukan:
muslimat mathurat (doa-doa berkaitan Alam rumahtangga) -buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat. Kepentingan &kelebihan wanita
(edisi tambahan nasihat maulana dan profesor)
dan juga rujukan doa dari arwah ustazah yang mengajar umi :)

No comments:

Post a Comment