"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 17 February 2013

kaedah mokhdar

bismillah

kaedah mokhdar
kaedah mudah hafal nombor. sangat sesuai untuk matematik .Alhamdulilah. saya belajar ni menerusi encik mokhtar hj mansor di sekolah ilmi, masa tu saya masih sekolah rendah , darjah 5. maknanya dah 10 tahun saya gunakannya.Alhamdulilah. sampai kini, saya masih gunakannya dalam hafalan sifir dan nombor. dan cepat dalam memproseskan angka. moga apa yang saya kongsikan tentang kaedah mokhdar ini bermanfaat buat sahabat-sahabat.


sifat utama kaedah mokhdar

kaedah mokhdar adalah satu kaedah yang didasarkan kepada sebutan dan bukan kepada huruf, dan keberkesanan penggunaanya dalam menangani segala subjek mengenai angka dan matematik diperoleh setelah minda seseorang itu benar-benar sebati dengan sebutan pendek tersebut. Dengan perkataan lain , di dalam mindanya , dia menggantikan sebutan asal dengan sebutan mokhdar sebagai bahasa mindanya setiap kali dia melihat angka atau memproses angka.

Kesan umum penggunaan kaedah mokhdar

Apabila seseorang itu cekap dengan kaedah mokhdar dan menjadikan sebagai amalan minda atau bahasa mindanya bagi setiap detik kehidupannya, dia memperoleh kekuatan dan ketajaman minda dan memori terhadap angka dan figure numerik. Ini berlaku atas dua sebab, pertama, sebutan pendek memudahkan sebutan, , menjimatkan penggunaan masa dan menjadikan penggunaan masanya amat berkesan. kedua, pemendekkan sebutan nombor tadi menghasilkan kesan mnemonic yang membantu kekuatan ingatan.


Mokhdar 1

mokhdar 1 bererti menyebut setiap angka dengan satu sebutan bagi setiap satu angka, manakala kaedah mokhdar 2 pula memendekkan seterusnya daripada sebutan kaedah mokhdar 1.

lihat sebutan dipendekkan bagi angka 0-9 sebagaimana berikut :

O=O
1=tu
2=wa
3=ga
4=pa
5=ma
6=na
7=ja
8=ka
9=lan

jika tidak dihalusi , sebutan tersebut mungkin dianggap sebagai suatu sebutan yang tidak memberi apa-apa faedah kepada penggunanya. Ia mungkin dianggap karut. Ramai orang tidak nampak bagaimana sebutan demikian boleh membantu seseorang mengikuti pengajian matematik dengan lebih berkesan.

Cuba kita halusi, bagaimana sebutan tersebut, jika diamal, akan membantu seseorang , terutama dalam pembelajaran matematik. tak kira sama ada dia kanak-kanak kecil atau orang dewasa, sama ada pelajar pintar atau lambat, sama ada guru atau pelajar.

sebenarnya sebutan tersebut, walaupun kesannya ke atas daya ingat dan daya fikir seseorang tidak sehebat kesan penggunaan kaedah mokhdar 2, tetapi mampu meningkatkan prestasi sesiapa sahaja yang mengamal penggunaanya. cuba sebut angka-angka berikut menurut mokhdar 1 :

4412735512

bunyinya ; PA-PA-TU-WA-JA-GA-MA-MA-TU-WA

jika disebut dengan intonasi yang sempurna , ia berbunyi :
"papa tua jaga mama tua"

5637778

bunyinya : MA-NA-GA-JA-JA-JA-KA

dengan intonasi yang sempurna , ia berbunyi :

"mana gajah jajaka"?

04738216

bunyinya : O-PA-JA-GA-KA-WA-TU-NA

dengan intonasi yang sempurna , ia berbunyi :

"Opah jaga kawah tuna"

Menerusi sebutan seperti ini, banyak yang dapat dimanfaatkan bagi keberkesanan memori dan pemikiran anda, tak kira sama ada anda seorang dewasa , mahasiswa universiti ,pelajar sekolah menengah , pelajar sekolah rendah mahupun anak kecil berusia tiga, empat atau lima tahun. Dari segi penjimatan masanya, tentulah menyebut pendek sedemikian membolehkan anda menyebut angka atau figur tertentu itu berulang kali bagi menghasilkan ingatan yang lebih mantap.

Mokhdar 2

Bagi anda yang telah mantap minda anda dengan sebutan kaedah mokhdar 1, dan tidak lagi tersasul dengan sebutan yang tidak betul bagi angka- angka 0-9, anda akan mendapati bahawa memantapkan minda dengan mokhdar 2 adalah sesuatu yang amat mudah. Bagaimanapun, ada mestilah melatih minda melakukan latihan yang berterusan sehingga sebutan-sebutan tersebut telah benar-benar sebati dengan minda anda. Apabila ia benar-benar sebati, anda akan dapati bahawa minda anda, setiap kali anda melihat nombor.

Dalam mokhdar 2, nombor 10-100 semuanya disebut dengan satu suku kata. Pemendekkan yang paling berkesan untuk minda dan memori bagi nombor hingga 19, kecuali 17 , ialah dengan mengambil suku kata pangkal bagi setiap sebutan nombor-nombor tersebut dalam bahasa melayu.
sebutan-sebutan tersebut ialah :

11-SE
12-Du
13-Ti
14-EM
15-LI
16-E
17-TE (pengubahsuaian sebutan dibuat dengan sebutan TE kerana TU telah digunakan untuk 1)
18-La
19-SEM

perbezaan yang boleh nampak dalam mokhdar 1 dan mokhdar 2

 nombor                   mokhdar 1              mokhdar 2
21                            wa-tu                      wu
31                            ga-tu                       gu
41                            pa-tu                       pu
51                            ma-tu                      mu
61                            na-tu                       nu
22                            wa-wa                     waw
13                            tu-ga                        tug
24                            wa-pa                       wap
64                             na-pa                       nap
54                            ma-pa                       map
26                           wa-na                       wan
99                           lan-lan                      lal


In sha Allah. saya akan sambung kaedah tambah dan darab pada post yang seterusnya..

rujukan : buku kaedah mokhdar

No comments:

Post a Comment