"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 19 February 2013

muhasabah

Antara kebaikan yang diperoleh ketika kita berasa sedih & malu dengan dosa yang dilakukan ialah terus muhasabah diri. Satu persatu akhlak buruk tersusun seolah² skrin di depan mata. Kita hanyalah hamba-Nya yang hina rupanya.

Dosa kita yang pernah terpapar suatu ketika dahulu takkan terpadam di ingatan manusia. Namun apakah kita perlu berhenti untuk memperbaiki diri & belajar dari kesilapan yang lalu?

Wahai diri, apabila kamu mahu berubah kerana Allah, mahu jadi baik maka berjalanlah terus kepada-Nya. Terus bertaubat & memohon keampunan kerana DIA Maha Pengampun. Rahmat-Nya melebihi maksiat & dosa yang kamu lakukan.

الله الله الله

No comments:

Post a Comment