"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 25 March 2013




Bermula dan Berakhir Dengan Kalimah Allah ( الله )

Saat kita mula dilahirkan dikeluarkan dari perut ibu kita, kita diazankan dan di dalam azan itu dilaungkan '' Allahu akbar '' ( الله أكبَر ) dan berakhir dengan ''Lailaha Illallah'' ( لاَ إلَهَ إلاَ الله ) dan itulah azan yang kita dengar setiap hari di telinga, tanda masuk waktu sembahyang.

Kemudian baginda sallallah alaih wasallam juga bersabda '' Barangsiapa yang akhir kalimahnya ( لاَ إلَهَ إلاَ الله ) masuklah ia ke syurga. 

Apabila kita sembahyang, kita mulakan dengan takbratul ihram dengan lafaz '' Allahu akbar '' ( الله أكبر ) , dan kita akhiri juga sembahyang kita dengan lafaz '' Assalamualaikum warahmatullah '' ( السَّلاَمُ عَلَيكُم وَرَحمَةُ الله ) 

-Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari hafizahullah - 

Moga kita semua mendapat pengakhiran dengan kalimah ''Allah'' insyaAllah. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment