"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 25 March 2013

ILMU & AKHLAK adalah aset terpenting dalam hidup kita

Seburuk mana seseorang bukan bermakna kita boleh memburukkannya, boleh jadi dia jauh lebih baik dari kita. 

Sebanyak mana amal kita, bukan bermakna kita hamba Allah yang terbaik, boleh jadi orang yang sedikit amal itu jauh lebih disayangi Allah dari kita. 





Sebanyak mana ilmu kita, bukan bermakna jugak kita hamba Allah yang termulia, sebab boleh jadi orang yang kurang ilmunya dari kita itu jauh lebih mulia di sisi Allah berbanding kita.

Sebanyak mana ilmu kita pelajari, bukan bermakna kitalah penuntut ilmu yang terhebat dan confirm bakal ulama, boleh jadi ramai lagi yang kita tak kenal di dunia ini hebat lagi menuntut dari kita dan merekalah yang diberi taufiq oleh Allah menjadi ulama.

Sebanyak mana harta kita, belum tentu melayakkan kita untuk ke syurga sebab ramai orang yang berharta membelanjakan hartanya dan menjadi penyebab dia ke neraka Allah wal'iyazubillah.

Setinggi mana pangkat kita dalam kerja atau persatuan bukan bermakna kita jauh lebih hebat dari orang yang tidak ada pangkat seperti kita, boleh jadi mereka yang tidak berpangkat itu sebenarnya jauh lebih layak dari kita. 

Syukurilah nikmat Allah yang ada, jangan sekali2 kita bangga dengan orang lain, jangan anggap kita terbaik, anggaplah ramai lagi baik dari kita, sentiasa cuba jadi hamba Allah yang terbaik.



No comments:

Post a Comment