"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 25 March 2013

tazkirah jumaat

Nak Amal Kena Ada Ilmu, Ada Ilmu Wajib Beramal

Berkata penyusun matan Az Zubad oleh Ibnu Roslan: 

فَعَالِمٌ بِعِلمِهِ لَم يَعمَلَن * مُعَذَّبُ مِن قَبل عُبَّادِ الوَثَن

Orang yang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, 
akan diseksa sebelum penyembah berhala. 

ُوَكُلُّ مَن بغَير عِلم يَعمَلُ * أعمَالُهُ مَردُودَةٌ لاَ تُقبَل

Dan setiap orang yang beramal tanpa ilmu, amalannya ditolak sama sekali tidak diterima (oleh Allah)

Al Imam Ar Ramli ketika mensyarahkan bait ini dalam kitabnya Fathur Rahman bi syarh Zubad Ibn Roslan berkata:

Orang-orang yang mengetahui hukum hakam Allah dan kemudian tidak mengamalkannya samada meninggalkannya atau melakukan maksiat yang diharamkan, Allah akan menyeksanya sekiranya Allah tidak memaafkannya sebelum penyembah berhala diseksa di akhirat kelak kerana mereka yang menyembah berhala itu tidak tahu bahawa amalan mereka itu diharamkan (kerana belum mengetahui dan tidak mendapat hidayah Allah).

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda

Di antara golongan terawal pada hari kiamat kelak yang akan dihukum ialah seorang lelaki yang mempelajari ilmu Allah dan mengajarkannya dan membaca Al Qur'an, maka didatangkan kepadanya nikmatnya maka dia memperlihatnya dan dan dia menikmatinya, kemudian berkata: Apakah yang telah engkau buat dengannya? Dia menjawab: Aku telah menuntut ilmu dan mengajarkannya, dan aku membaca Al Quran keranaMu (Allah), maka Allah menjawab: Engkau pembohong @ pendusta, engkau belajar nak dikatakan engkau a'lim dan engkau membaca Al Quran untuk digelar Qari', dia hanya dikatakan, kemudian dia diperintahkan untuk dicampakkan dan dihumbankan ke dalam api neraka Allah.. 
(hadith riwayat Muslim)

والعياذ بالله، اللهم إنا نعوذبك من عذاب النار

Tazkirah ringkas Hari Jumaat yang mulia.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment