"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 14 July 2013

puasa kebaikan untuk kita sendiri

Allah Maha Baik sehinggakan pahala bagi amalan PUASA itu DIA yang tentukan sendiri tanpa sesiapapun yang tahu. DIA Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Jelas di situ, DIA mahukan kebaikan buat kita.

Wahai diri & sahabat, jadilah baik kerana Allah. 

Surah Al-Ana'm ayat ke 12, yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad), "milik siapakah apa yang ada di langit & di bumi?". Katakanlah, "Milik Allah". Allah telah menetapkan ke atas Zat-Nya sifat rahmah (kasih sayang). Sungguh, DIA akan mengumpulkan kalian pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman."

Sahabat, rahmat Allah melimpah kepada semua makhluk-Nya. Allah Maha Baik. Semoga kita tidak tergolong di kalangan hamba-hamba yang rugi itu, amin.


اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك k

No comments:

Post a Comment