"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Sunday, 14 July 2013

nasihat saya untuk sahabat (jodoh)


Nasihat saya buat sahabat. Kerana resah jiwa ini apabila perlu selesaikan masalah pelbagai antaranya ... JODOH.

Jodoh. Ramai orang risau tentangnya. Saya bukan malaikat, saya manusia biasa. Punya hati & perasaan (ayat tambahan hihi). Tapi betul, saya manusia tulen  Dan saya tidak risau tentangnya, alhamdulillah. Saya dalam golongan sedikit.

Prinsip yang saya pegang ialah "jika ada jodoh, ahlan wasahlan (terima), jika tiada ma'assalamah (lupakan)". Ia positif kepada minda & aktiviti harian. Tidak malu dengan makhluk sekeliling & kawan-kawan yang kebanyakannya sudah berumahtangga & punya anak. Malu yang sepatutnya bila kita melakukan dosa & mendatangkan murka Allah. Haa, yang tu wajib malu.

Memilih? Laaaa, nak beli aiskrim pun pilih perisa, kan. So tak salah memilih. Bahkan kena pilih. Bukannya asal orang datang melamar sahaja terus terima takut sangat jadi andartu. Semua itu adalah karut marut.

PENTING: Jangan terburu-buru dalam menerima lamaran. Siasat dulu, tanya pendapat orang-orang soleh & solat istikharah. Jangan terburu-buru & letakkan yang utama sebagai pilihan adalah AGAMANYA. Kerana jika tidak, anda akan menyesal. Menyesal sungguh-sungguh.

Enjoylah dengan kehidupan ini. Bukan menolak jodoh, tapi yaqin jodoh belum hadir atau jodoh mati dulu  Selalu saya katakan: "Berjalanlah tanpa menunggu jodohmu. Lakukan amalan harian dengan ceria. Plan masa depan yang berguna & hargailah hidup ini dengan sebaiknya sehingga sentiasa nampak Jamal-Nya Allah yang Allah sayangkanmu."

Saya buat contoh saya, bukan kerana saya mahu berlagak atau apa. Saya hanya mahu memberitahu sahabat bahawa saya mampu bahagia walaupun saya masih belum berumahtangga. Tak matinya. Allah Tuhan kita & DIA matlamat hidup kita, kan. Minta jauh ganggu rumahtangga orang lain pula. Minta jauh ya Allah.

So, jika tak mampu bergelar isteri orang, tapi masih mampu bergelar "HAMBA ALLAH", kan.

Don't be sad la sahabat 

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment