"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 28 October 2013

pesan Sayyidina Umar tentang kepentingan menjaga berat badan

Anda mungkin pernah mendengar nasihat doctor tentang kepentingan menjaga berat badan. Tapi pernahkah anda membaca nasihat  Sayyidina Umar  tentang isu ini? Kalau tidak, sila baca nasihat beliau di bawah ini…

"أيها الناس! إياكم والبطنة عن الطعام ، فإنها مكسلة عن الصلاة ، مفسدة للجسم ، مورثة للسقم ، وإن الله عز وجل يبغض الحبر السمين ، ولكن عليكم بالقصد في قوتكم ، فإنه أدنى من الصلاح ، وأبعد من السرف ، وأقوى على عبادة الله عز وجل ، ولن يهلك عبد حتى يؤثر شهوته على دينه. ورَأَى رَجُلا عَظِيمَ الْبَطْنِ فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ قَالَ : بَرَكَةٌ مِنَ اللَّهِ . قَالَ : بَلْ عَذَابٌ من الله."

“Wahai manusia ! awasilah perut kamu dari sentiasa dipenuhi makanan kerana ia meyebabkan malas untuk sembahyang, merosakkan tubuh badan dan boleh mengundang penyakit. Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang alim yang gemuk. Sebaliknya hendaklah kamu bersederhana dalam urusan makan minum kerana ia amat hampir kepada kebaikan dan jauh dari bermewah dan membazir serta amat membantu untuk beribadat kepada Allah. Seseorang hamba itu tidak binasa sehinggalah dia mengutamakan nafsu dari agama.” Pernah beliau melihat seorang lelaki yang sangat besar perutnya lalu beliau bertanya : “Apakah ini?” Jawab lelaki itu : “Inilah berkat dari Allah”. Jawab beliau : “Tidak ! Ini sebenarnya azab dari Allah”.

-https://www.facebook.com/azhar.abdullah.184?hc_location=stream

No comments:

Post a Comment