"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 25 February 2014

MENARA BERKEMBAR PETRONAS MENCAKAR LANGIT






Menara Berkembar PETRONAS

Menara berkembar 88 tingkat  berdiri mercu kemegahan negara menjadi simbol kemajuan dan kecemerlangan Malaysia dengan ketinggian 452 meter dan 26 hektar tanah . Umpama sebuah karya agung seni bina moden , bangunan menakjubkan ini diinspirasikan daripada gabungan nilai estetika reka bentuk timur dan Ia menyediakan 560,000 meter persegi ruang pejabat manakala di bawah menara terletaknya pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

Perancangan projek bermula pada Januari 1992 dan dirasmikan pada 31 Ogos 1999 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Menara Petronas adalah bangunan tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004 apabila terdirinya bangunan Taipei 101 di Taiwan. Menara 1 dibina konsortium Jepun yang diketuai Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina Samsung C&T dan Pembinaan & Kejuruteraan Kukdong, kedua-duanya kontraktor Korea Selatan. 



Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 Jom lawati Menara Berkembar PETRONAS untuk merasa pengalaman berada ditempat tinggi dan terus menyokong percutian di Malaysia kerana Malaysia banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.











 Skybridge

Pengalaman manis pertama kali dalam sejarah saya menyeberangi  jambatan ini , saya dapat menikmati pemandangan yang sungguh mempesonakan. Skybridge ini di tingkat 41 , setinggi 170 meter,  58.4 meter panjang dan beratnya mencapai 750 tan.  wow.
                                        MENARA BERKEMBAR PETRONAS               
                                  GANDINGAN UNGGUL MENCAKAR LANGIT


                           blogger AFA
                     berlatarbelakangkan dinding bertradisi adat melayu.







                               Pemandangan dari sebelah kiri jambatan ini Taman KLCC
                                                          


 Selain itu juga, saya dapat bersantai di puncak menara di tingkat 86 ni. Terletak 360 meter dari aras bumi. saya berpeluang menikmati suasana menakjubkan di sekeliling menara , suasana bandar raya dan kehijauan. kenangan istimewa yang tidak mungkin saya lupakan. 
                                      Pemandangan KL dari tingkat 84


Waktu melawat Twintowers Petronas ini pada Jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap selasa hingga Ahad , Tutup pada hari isnin.

Tiket akan diedarkan setiap hari dari jam 8.30 pagi. Pengunjung juga dinasihatkan untuk membeli tiket awal kerana tiket adalah terhad dan akan diberikan kepada pengunjung yang awal atau tiket boleh dibeli secara online di eticket.petronastwintowers.com.my

Harga Tiket
RM25.00 untuk Pemegang MYKAD 
RM80.00 untuk bukan MYKAD 

untuk maklumat lanjut , boleh hubungi infoline di 03-23318080 atau layari petrosainstwintowers.com.my


Alhamdulilah, rezeki saya dapat naik ke jambatan dan tingkat 86 ini, 
Terima kasih banyak banyak kepada Tourism Kuala Lumpur jemput kami dan Petronas Sdn Bhd atas layanan yang cukup mesra pada program  lawatan pengenalan produk perlancongan PETRONAS kepada pihak media & digital writer.


-assiddeeqah-







1 comment: