"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 27 February 2014

couple ? Ei, tak nak lah!



Ada Driver taxi tanya pada saya, dah berkahwin ke?saya jawab belum. Ada bf?
 kenapa tidak ada BF? nanti jadi anak dara tua. maaf, jujurnya saya menjawab , saya tidak perlukan BF kerana saya mencari calon suami yang ada jiwa seorang yang bertanggungjawab . La Taqrabu zina. Mencari dan memilih siapa yang layak menjadi suami kita.

ops,
Terceramah pula. Dia pula kata susah nak cari orang macam awak ni...
Hmmm,
Sebenarnya ramai  je macam saya..
kerana mereka memelihara dan menjadi mahal bak mutiara yang disimpan di dalam peti. bukan senang senang di jual di tepi tepi pasar.

Alhamdulilah juga atas didikan parents saya. Saya memerhatikan cara didikan parents saya ,
nak bina sebuah keluarga bukan mudah, cinta dan rtanggungjawab mesti saling berkaitan. Ilmu Dunia akhirat mesti diseimbangkan dalam keluarga. Didik anak cara Rasullullah ajar kita. supaya anak kita nanti tidak tenggelam di bawa arus zaman.  ISTERI=SUAMI partner dalam rumahtangga (rumahku syurgaku)




COUPLE

hangat pada zaman sekarang, kenapa? 
takda bf dikatakan Tak laku. Tak ikut zaman.
sebab bercinta selepas nikah itu nampak pelik, berbanding GF/BF before nikah.

Tapi anda nampak tak mana yang lebih baik dan buruknya? saya lebih nampak buruknya.
couple boleh terjerumus ke arah zina . dan perkara ini sangat bahaya boleh merosak fitrah insan , tiada lagi manisnya cinta yang tinggal sebuah penyesalan.

Dari mata turun ke hati dari hati terdetik nafsu , sudah bernafsu tergadai diri , tinggal diri menderita lesu.

Jadilah orang asing yang ikut Al-Quran dan As-sunnah . Jadikan sejarah(sirah) nabi sebagai rujukan dalam kehidupan kita.

In sha Allah, jom kita =)

JOM cuba TIPS ELAK NI
  • Tidak boleh disentuh sesuka hati Auratnya Terjaga daripada dilihat orang yang bukan sepatutnya
  • Bukan gadis murahan yang boleh diajak keluar oleh ramai lelaki
  • Bukan lelaki hidung belang bagaikan lalat, mencari najis untuk dihurung
  • Cinta bukan barang lelong , serahkan cinta buat yang berhak melalui akad nikah nanti.
  • Bercita-cita membina keluarga bahagia , bukannya melahirkan anak luar nikah
  • Membalas jasa ibubapa , bukan menconteng arang ke muka mereka
  • Tidak terdesak dalam cinta, Bermohon kepada *kekasih abadi* yakni Allah untuk memberikan kekasih sejati
  • Yakin dengan janji Allah dalam Al-Quran . Orang yang baik akan diberi pasangan yang baik juga
  • Cinta dan jodoh itu ketetapan Allah , Sampai waktunya , pasti cinta hadir dengan asbab yang indah
  • Nafsu itu semua orang ada . Sabarlah mengawalnya . Setiap usaha mengawal nafsu , pasti ada ganjaran yang menanti
  • Tidak membina *bahagia* di atas cinta yang Allah murka
  • Memasuki Alam rumah Tangga dalam keadaan yang suci. si dara dan si teruna.



Di Website http://langitilahi.com/ ada banyak perkongsian ilmu. Jemput baca yek ! =)

No comments:

Post a Comment