"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 4 March 2014

Aku nak bebas tapi kena bersyarat!

Semua orang ingin bebas, tetapi ada banyak persoalan yang perlu difikirkan dan direnungkan terlebih dahulu sebelum memberi makna kepada kebebasan.

Magazine JOM!






Sebagai umat islam , kita amat istimewa. kita bebas meneroka dan melakukan apa apa sahaja termasuk ibadah mahupun kegiatan sosial, tetapi masih dalam kerangka hukum islam. Kawalan tersebut tidak lain tidak bukan untuk menjaga kepentingan manusia itu sendiri.

Contoh mudah, kita boleh lihat pada anak ayam yang masih kecil dan bebas mencari makan tanpa pengawalan ibunya. Akibatnya , ia dimakan binatang buas.

Tahukah anda?

kawalan itu hakikatnya hadiah daripada Allah. Bukankah Allah bersifat Maha Mengetahui , Maha penyayang dan Maha Pengasih.? =) kita dapat rasai jiwa tenang. Jom kita nikmati keistimewaan ini!

Berita baik! Jika anda sentiasa berasa tidak bebas kerana merasakan Allah sedang memerhati sehingga membatalkan semua niat jahat, itu bermakna anda sentiasa ingat Allah! #nanges.

ketika itu , kita dapat rasa bagaikan terasanya pengawasaan-Nya. Bukankah itu suatu kenikmatan?
Pada saat kita terfikir-fikir hendak melakukan dosa , ada insan lain yang tanpa segan silu dan bersalah melaksanakan erti *kebebasan mereka itu sendiri* seperti mencuri, bergaul bebas , minum arak dan sebagainya. T_T

Kita memang dilahirkan sebagai makhluk yang tidak bebas. saat kita lahir, ibubapa kita tidak membiarkan kita bebas betul?

kita dibersihkan, diberi makan, dijaga, dikawal dan diperhatikan. Jika si Ibu hanya melahirkan , anak itu pasti dihurung semut, digigit anjing atau mati begitu saja.

Paling utama, setelah menghembuskan nafas terakhir kita hanya berserah kepada orang lain untuk menguruskan jasad kita dan tiada kuasa untuk mengarahkan itu dan ini. kita tidak lagi bebas dan degil dengan nafsu dan kemahuan kita.


Ada Tipsnya,!

1) kita bebas tetapi bebas bersyarat agar tidak tersasar. Al-Quran dan hadis sebagai panduan lengkap hingga ke akhir zaman
2)kita bebas tetapi perlu sentiasa diingatkan, sebab itu pentingnya tazkirah , khutbah , usrah dan pelbagai majlis ilmu agar kita sentiasa ingat-memperingati
3)Hukum Allah bukan bebanan tetapi anugerah. saat kita ingin bebas berpakaian, Allah sematkan  rasa malu di hati lantas kita terselamat daripada fitnah , umpatan, jenayah dan pelbagai bahaya lain.
4)Bayangkan jika semua orang ingin bebas, mereka akan datang kepada anda dan menyentuh sesuka hati , masuk ke rumah anda tanpa adab , mengambil hak anda tanpa hormat dan pelbagai kemungkaran lain.
5)kawalan kepada kebebasan anda, jelas menandakan syumulnya islam dan bukan hukum rimba yang tidak bertamadun. Umat akan rasa selamat dan tenteram dengan jagaan yang rapi lagi sempurna.


Jika datang orang berpesan ,
Ambillah ia sebagai Iktibar,
Itu tandanya orang kasihan,
Agar kita tak jauh tersasar.

Umat islam itu istimewa
Allah jaga selengkap mungkin
dengan segala hukum yang ada
kita rasa bagaikan terpimpin.


-Rujukan Dari Mata turun ke hati by Ahmad fedtri yahaya

No comments:

Post a Comment