"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 12 March 2014

BOMOH-KARUT

 
Haram hukumnya bagi kita mempercayai perkataan dukun yang mengkhabarkan perkara ghaib.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة...

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal, lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu lalu ia membenarkannya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam” (HR. Muslim nombor 2230).

Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa ia berkata :

سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم ناس عن الكهان فقال ليس بشيء فقالوا يا رسول الله إنهم يحدثوننا أحيانا بشيء فيكون حقا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم تلك الكلمة من الحق يخطفها الجني فيقرها في أذن وليه فيخلطون معها مائة كذبة

Orang-orang bertanya kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam tentang berita-berita yang disampaikan para dukun.

Baginda menjawab:

“Berita-berita tersebut bohong belaka”.

Mereka berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya berita-berita yang mereka sampaikan itu terkadang sesuai kenyataan?”.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“Itulah kebenaran yang dicuri oleh jin, lalu dibisikkannya ke telinga pengikutnya. Lalu ia mencampurkannya dengan seratus kebohongan”

(HR. Bukhari nombor 5429 Bab : Al-Kahaanah dan Muslim nombor 2228 Bab : Tahriimil-Kahaanah
 
 
cc : https://www.facebook.com/TukangSeru

kita sebagai seorang yang beriman dan berilmu.
-salah satu caranya adalah berdoa dan doa mustajab adalah doa dari orang orang yang soleh dan dari ahli keluarga.
-solat taubat & solat hajat.

sama sama kita menadah tangan kita.
Moga MH370 dijumpai .
MogaAllah Terima amalan kita, .
Ameen.
 

2 comments:

  1. Teruk sangat dukun ni... nak tampar org la apa la...

    ReplyDelete